Dalam hati memang sentiasa terdetik, raya kali ini memang tak beraya!
Tidak ada sebarang persiapan raya, kecuali baju raya yang ditempah pada awal tahun sudah siap dijahit semua. Seminggu sebelum raya, tukang jahit telefon beritahu baju sudah siap. Oleh kerana raya yang tak boleh beraya, jadi tidak pedulilah semua baju raya itu! Gantung saja dalam almari pakaian.
Sepanjang bulan puasa, sekali-sekala ada juga Encik Suami tanya : Tak buat kuih raya ke?
Kita jawab: Tak.
Dua hari sebelum raya, kita beritahu Encik Suami : Nak masak sikit di pagi raya. Nak hulur juadah hari raya kepada jiran-jiran. Encik Suami setuju.
Sehari sebelum raya, Encik Suami ajak beli kuih raya.
Kita kata: Bukannya beraya. Buat apa beli kuih raya. Siapa nak makan?
Kata Encik Suami : Raya atau tak raya, beli sajalah kuih. Mana tahu ada tetamu sesat datang ke rumah.
Ikut sajalah katanya.
Raya pertama adik-beradik nak datang rumah, tiba-tiba jew Encik Suami beritahu.
Haaaaaaaa?
Adeeehhhh.... Encik Suami memang begitu! Suka buat kerja last minute!
PKP pun nak beraya juga ke? Kita inginkan kepastian.
Adik-beradik saja yang datang, jelas Encik Suami.
Malam itu, Encik Suami dan Fairuz yang mengemas rumah. Langsir memang tak sempat tukar. Karpet tak sempat bentang. Memang biasa-biasa saja, keadaan rumah seperti hari-hari biasa, hari yang tidak ada apa-apa. Yang kelam-kabutnya, kita di dapur. Rancangan nak masak sedikit untuk jiran-jiran, jadi berganda. Dah tak ada idea nak buat pencuci mulut, ternampak sesikat pisang, terfikir pula untuk buat bubur candil pisang! Tak pernahlah buat bubur candil di pagi raya! Inilah kali pertama hidangkan bubur candil untuk tetamu.
Alhamdulillah. Pisang pun tidaklah terbiar begitu saja.
Malam sebelum tidur sempat perap sayap ayam. Inilah satu-satunya lauk penyelamat keadaan! Esok pagi boleh goreng.
Pagi-pagi lagi, lepas solat Subuh terus masuk dapur cari tepung pulut. Gentel-gentel tepung pulut warna hijau, kuning dan merah rose nak bagi meriah bubur candil.
Campur sagu biji, jagung tin, dan pisang akhirnya bubur candil penuh seperiuk!
Tepat 12 tengahari, siap masak sendiri di dapur.
Tetamu sampai nanti, bolehlah hidangkan masuk mangkuk.
Buah tembikai itu Encik Suami yang potong.
Jenguk dulu nasi minyak di periuk kukusan. Alhamdulillah. Masak nasi minyak periuk kedua sudah siap. Sebelum lari masuk bilik air untuk mandi, jenguk dulu lauk-pauk yang lain. Syukurlah, terlintas pula di hati untuk masak lauk frozen-frozen sehari dua sebelum raya! Adalah juga lauk-pauk yang boleh dihidangkan. Cuma tunggu beberapa jam untuk proses nyahbeku sebelum dipanaskan semula. Jadinya Amie hanya masak nasi minyak, buat bubur candil pisang dan sediakan acar timun sahaja. Itu pun berpeluh-peluh juga sebab kelam-kabut.
Sambal Goreng Daging @ Daging Sekilo Bawang Sekilo sudah siap dipanaskan.
Ayam Masak Merah pun sudah dipanaskan, dan sudah bubuh kacang peas dengan kacang gajus.
Rendang Daging Rusa pun sudah dipanaskan.
Dan satu lagi, Ayam Masak Lengkuas, kuah masih basah dan Amie panaskan lagi nak bagi pekat. Kebetulan jiran sebelah bagi kami buras dan tumbu', jadi bolehlah makan dengan Ayam Masak Lengkuas.
Waktu Zohor pukul 12.04 minit tengahari. Selepas mandi, solat dan pakai baju raya tiba-tiba baru perasan segala alat-alat solek seperti bedak, lipstik dan segala macam mak nenek entah di mana! Rupanya, lebih 2 bulan tak pernah bersolek..... kahkahkah!!!! Segala kerongsang pun entah hilang di mana! Pakailah apa yang ada. Encik Suami kata, adik-beradiknya datang selepas waktu Zohor. Jadi, tak bolehlah berlama-lama bersiap. Dari pagi kami pun belum sempat bergambar!
Fairuz sudah sedia dengan DSLR.
Jom bergambar dahulu.
Adeeehhhh! Rambut Fairuz, rambut Firdaus! Entah rupa apa, panjang-panjang semuanya!
Kuih-kuih ini Fairuz yang isi dalam balang, dan susun di meja.
Amie no komenlah kerja-kerja anak bujang dengan Encik Suami. Yang penting sudah sapu bersih, mop lantai dah cukuplah.
Fairuz tukang buat air. Diletaknya gelas, sudu garfu dan pinggan di meja kecil, tapi entah di mana dia letak air minuman! Selalunya kalau buat rumah terbuka kami letak semua hidangan di luar rumah, lebih luas dan lapang. Oleh kerana PKP, Encik Suami kata sediakan saja dalam rumah.
Minta maaf ipar duai. Tak sempat nak hidang dengan sempurna. Bawa saja periuk lauk ke ruang makan. Selamat menjamu selera.
Firdaus bersama anak-anak buah dan cucu...heheeee...kita dah banyak cucu sebenarnya!
Lebih kurang pukul 3:20 petang, rumah kembali sepi. Semua tetamu telah pulang ke rumah masing-masing.
Jom belek-belek gambar raya.
Raya 2020.
Raya 2019.
Tak pernah beraya tanpa anak-anak di sisi.
Tahun ini Farid dan Fuad tidak bersama kami di pagi Syawal 1441.
Selamat hari raya buat kak amie sekeluarga 🌹
BalasPadamSyukur ada lauk pauk frozen ye kak amie, tidaklah kalut dan penat sangat nak bersilat di dapur pagi2 raya ye :)
Selamat hari raya juga Puan Hazel. Mohon maaf zahir dan batin.
PadamBetul tu, lauk frozen jadi penyelamat. Masak sekali harung memang memenatkan. Dahlah kita sorang2 di dapur hihihiii.
Selamat hari raya Amie dan famili. Sama la kat umah jiran2 x ada dtg, tp ada ipar duai dtg juga beraya. Ada juga la susana hari raya
BalasPadamSelamat hari raya juga Rosa. Maaf zahir dan batin. Alhamdulillah, masing2 faham perlu patuhi SOP musim PKPB ini.
PadamSalam raya PKPB
BalasPadammaaf zahir dan batin
Salam raya juga Wak. Mohon maag zahir dan batin.
PadamSelamat Hari Raya kak maaf zahir batin.... betul sangat time sekarang macam kekok sangat nak bebedak bergincu...
BalasPadamSelamat hari raya juga Nasa Mulia. Mohon maaf zahir dan batin. Hahaaa... Wajah kita dah lama berehat.
PadamMenu yg sedapntu walaupun last minute
BalasPadamAlhamdulillah. Sempat siap sebelum tetamu sampai.
Padamselamat hari raya...sedap2 menunya...tgh puasa ni trus jd lapar
BalasPadamSelamat hari raya. Terima kasih Mama Tisya. Jemput...
PadamWow meriahnyaaa
BalasPadamSelamat hari raya. amie. Rajinnya amie , semua lauk lauk sedap belaka. Lama dah saya tak menyinggah kat blog amie, anak amie yang kecik tu pun dah besarkan,,nanti nak singgah sini lagi nak tengok resepi amie yang sedap sedap tu.
BalasPadamMunirah,
BalasPadamada juga suasananya kan...
Aina,
BalasPadamterima kasih sudi singgah...