Cerita petang kelmarin yang baru sempat dijadikan entri.
Biasanya selepas selesai solat terawih, duduk sebentar menulis entri.
Malam tadi rasa tak berapa sedap badan. Mungkin letih. Mengantuk sangat. Jadi entri ditangguhkan pada hari ini.
Tiga empat malam sebelum ini, memang sebelum lelap mata akan menitiklah dua tiga titis air mata... mengenang dua anak bujang yang entah dapat pulang entah tidak ke LD. Pihak universiti sudah berusaha mengurus penerbangan, tapi ada sahaja halangannya! Sabar sahajalah dalam menempuh dugaan musim PKP dan serangan Covid-19 ini.
Dan malam tadi, tak sempat menitiskan air mata, terus terlelap sehingga tiba waktu sahur.... ahaks!
Dan malam tadi, tak sempat menitiskan air mata, terus terlelap sehingga tiba waktu sahur.... ahaks!
Cerita biasa sahaja.
Tentang juadah berbuka puasa.
Abang Farid suka minta kongsikan gambar hidangan berbuka puasa. Selalunya Encik Suami yang layan, sebab kita sibuk sediakan juadah di atas meja.
Bila Amie kata, kita buka puasa dengan nasi himpit, Encik Suami rasa terkejut!
Tak masak nasi ke? Tanyanya.
Masak mee hoon boleh? Kita tanya balik.
Boleh saja.
Inilah uniknya dalam sesebuah keluarga yang kadang-kadang berlainan selera. Amie suka makan nasi himpit, tapi Encik Suami tidak, dan lebih suka pulut seperti ketupat pulut dan lemang. Amie pun sebenarnya suka juga pulut tapi lepas makan akan sakit kepala! Itu yang tak berapa seronoknya.
Amie masak mee hoon sebungkus, tapi macam tak cukup pula, sebab Firdaus menambah berkali-kali...hiks! Katanya, mee hoon goreng sangat sedap. Memang Firdaus suka yang pedas, dan kebetulan pula Amie goreng mee hoon agak pedas.
1 bungkus mee hoon - rendam hingga lembut - toskan
7 biji taro fisl ball - hiris
7 biji sotong ball - hiris
5 ekor sotong cumit - bersihkan - potong ikut suka
2 sudu besar kicap lemak manis
1 sudu besar sos cili Thai
1 labu bawang besar - cincang
4 sudu besar minyak
garam / perasa pilihan
Bahan kisar:
5 tangkai cili kering
7 biji cili padi
1 biji tomato
3 ulas bawang putih
5 biji bawang merah
Cara memasak:
1. Panaskan minyak. Goreng bawang besar hingga kekuningan.
2. Masukkan bahan kisar dan tumis hingga terbit minyak.
3. Kemudian masukkan sotong cumit, taro fish ball dan sotong fish ball.
4. Tuangkan kicap lemak manis dan sos cili Thai.
5. Seterusnya masukkan mee hoon. Gaul sebati.
6. Taburkan garam / perasa pilihan.
7. Gaul beberapa kali dan padamkan api dapur.
Untuk lebih meriah, sewaktu menghidang taburkan dengan telur goreng hancur, hirisan daun bawang, bawang goreng, hirisan cili merah dan limau kasturi.
Selain Mee Hoon Goreng Pedas dengan Sotong Cumit, Amie goreng cucur udang. Memang senang sangatlah nak buatnya. Gunakan saja tepung cucur udang ADABI, kemudian tambahkan isi udang segar, daun bawang dan bawang besar cincang.
Bulan puasa pun cucur udang laku keras oooo!
Tak tahu berapa ketul Firdaus makan!
Encik Suami dan Firdaus hanya layan mee hoon goreng, Amie dan Fairuz pula layan lebih-lebih nasi himpit! Kelmarin tukang buat air berehat dari tugasnya sebab Amie buat air nanas rebus. Lama tak minum air nanas rebus bubuh cengkih, kulit kayu manis dan daun pandan. Sedap hirup hangat-hangat!
Nasi himpit makan dengan rendang daging rusa dan sambal goreng daging lembu.
Kadang-kadang tak terfikir nak hidangkan menu apa untuk juadah berbuka puasa. Bila dah susun atas meja jadi banyak pula :
- Mee Hoon Goreng Pedas dengan Sotong Cumit
- Cucur Udang
- Nasi Himpit
- Rendang Daging Rusa
- Sambal Goreng Daging
- Air Nanas Rebus
kalau tempat dana di panggil sotong cumik kak... hehehe
BalasPadamsedapnya kak
Lebih kurang sebutannya.
BalasPadam