Pages

Sabtu, 9 Mei 2020

Malam Ketupat : Amalan Tradisi Masyarakat Melayu Cocos

Malam ketupat datang lagi.
Malam ketupat tiba pada malam 15 Ramadhan setiap tahun ketika umat Islam sedang menjalani ibadat puasa.
Malam ketupat merupakan amalan tradisi masyarakat Melayu Cocos, etnik minoriti di negeri Sabah yang berasal dari Pulau Cocos-Keeling di bawah pentadbiran British. Ketika Sabah mencapai kemerdekaan pada 16 September 1963 dengan penyatuan ke dalam Malaysia, masyarakat Melayu Cocos secara automatik menjadi warganegara Malaysia. Kini Pulau Cocos-Keeling telah menjadi sebahagian daripada wilayah Australia. Sebahagian masyarakat Melayu Cocos juga telah menjadi warganegara Australia dan bermastautin di Kattaning dan Geraldton. 

Malam Ketupat : Amalan Tradisi Masyarakat Melayu Cocos
Pada malam ketupat, masyarakat Melayu Cocos akan membawa ketupat ke masjid, dan selepas menunaikan solat terawih  mereka akan bertukar-tukar ketupat sesama mereka. 

Malam Ketupat : Amalan Tradisi Masyarakat Melayu Cocos
Encik Suami meminta Amie masak ketupat. Katanya, walaupun tidak dapat di bawa ke masjid, boleh agih-agihkan ketupat kepada jiran terdekat. Amie pun anyam ketupat lebih kurang 30 kelongsong.

Malam Ketupat : Amalan Tradisi Masyarakat Melayu Cocos
Ketupat ini sudah siap diisi dengan beras pulut yang direndam terlebih dahulu. Sewaktu hayat MIL masih ada, MIL suka masukkan udang kering atau kacang hijau ke dalam ketupat.

Malam Ketupat : Amalan Tradisi Masyarakat Melayu Cocos
 Keupat berisi beras pulut ini hendaklah dimasak dengan menggunakan santan kelapa.

Malam Ketupat : Amalan Tradisi Masyarakat Melayu Cocos

Malam Ketupat : Amalan Tradisi Masyarakat Melayu Cocos
 Alhamdulillah.
Ketupat sudah siap.

Malam Ketupat : Amalan Tradisi Masyarakat Melayu Cocos
Amie masak rendang daging sebagai lauk ketupat.
Biasanya ketupat pulut dimakan bersama kuah kacang, tapi Amie masak rendang daging. Di sini, masakan rendang bukanlah menjadi lauk utama seperti kita di Malaya. Sekarang, makan dengan apa pun tidak menjadi masalah. Ketupat boleh dimakan dengan pelbagai lauk.

Malam Ketupat : Amalan Tradisi Masyarakat Melayu Cocos
Amalan yang baik yang tidak menyalahi ajaran agama eloklah diteruskan. Bertukar-tukar ketupat di masjid selepas menunaikan solat terawih menambah eratkan hubungan silaturahim. Cuma tahun ini, tidak mendapat peluang untuk ke masjid, jadi agihkan ketupat kepada jiran tetangga sahaja. Walaupun berlainan kaum tetapi seagama. Dan yang penting mereka dapt mengenali budaya kaum lain.

Malam Ketupat : Amalan Tradisi Masyarakat Melayu Cocos
Sekian.
Malam ketupat sentiasa menjadi malam kenangan.

3 ulasan:

  1. Assalamualaikum. Saya suka baca cerita pasal Melayu Cocos ni.. Hajat hati nak jugak pergi Australia, melawat Melayu Cocos di sana. Terima kasih share pasal salah satu rumpun Melayu ini.

    BalasPadam
  2. Mesti sedap kan... Amie, ketupat pulut daun kelapa. Teringin nak tahu rasanya. Biasanya beras pulut dimasak menggunakan daun palas atau daun pisang je. Lain daripada yang lain, boleh dicuba ni...

    BalasPadam
  3. Semut Senyum,
    waalaikumussalam.....ye, ada rumpun Melayu Cocos tinggal di sana, masih amalkan cara hidup keturunan mereka.

    Fadzillah,
    Alhamdulillah. Cubalah, in shaa Allah sedap.

    BalasPadam