Agaknya terlalu banyak berehat, tenaga pun tak banyak digunakan. Biasanya kalau badan letih, letak kepala di bantal, terus terbang ke kayangan.... ahaks!
Baiklah siapkan satu paparan resipi masakan.
Amie kongsikan resipi tradisi masyarakat Kadazan Dusun iaitu Hinava Udang. Sebelum ini, Amie pernah kongsikan resepi tersebut di sini: Hinava Udang.
Cara penyediaannya sangat ringkas dan mudah. Tak perlu memasak atas dapur, hanya hiris-hiris sahaja bahan yang digunakan. Kalau tak mahu gunakan udang, boleh gunakan isi ikan segar seperti ikan tenggiri.
Jom kita lihat bahan-bahannya.
Udang yang digunakan hendaklah udang segar. Amie gunakan udang kertas saiz besar. Senang nak bersihkan sebab belum masuk ais. Untuk buang urat hitam di belakangnya pun mudah sangat. Hanya cabut kepala udang, dan tarik urat hitam tersebut. Tak perlu belah lagi.
15 ekor udang kertas saiz besar - bersihkan - buang kepala dan kulit serta urat hitam di belakangnya - cincang / hiris kecil
1/2 cawan perahan jus limau kasturi
garam / gula / perasa pilihan
Bahan hiris:
200 gram peria - buang biji - hiris - ramas dengan 1 sudu kecil garam sehingga keluar air peria - cuci - perah lagi sekali2 cm halia muda
1 labu bawang besar
2 biji cili merah
1 labu bawang besar
2 biji cili merah
9 biji cili padi
15 ekor udang kertas yang sudah dibersihkan.
Udang kertas sudah dicincang / hiris.
Taburkan satu sudu kecil garam halus di atas hirisan peria. Ramas-ramas sehingga keluar air peria. Kemudian cuci, dan perah airnya sekali lagi.
Bahan untuk membuat Hinava Udang sudah lengkap tersedia. Nak tambah hirisan serai pun boleh. Kali ini Amie tak bubuh.
Jus limau kasturi boleh digantikan dengan jus limau nipis. Penggunaan jus limau ini adalah untuk memproses udang supaya menjadi 'masak'.
Hirisan halia muda ini boleh dikunyah sekali sewaktu menikmati Hinava Udang. Kalau nak lebh pedas, gunakan cili padi kampung.
1. Campurkan kesemua bahan ke dalam mangkuk.
2. Gaul rata.
3. Biarkan selama 15 minit sebelum dihidangkan.
Hinava Udang sudah boleh dinikmati bersama nasi putih.
Sekian.
Catatan lewat malam!
SELAMAT HARI RAYA.. nice entry la.. done follow, follow me back :) http://acuyuhan.blogspot.com/
BalasPadambelum pernah makan hivana, kalau bossou tu x lalu pula saya.
BalasPadamTerima Kasih kongsi resepi.
BalasPadamPertama kali dengar sebenarnya walaupun mak orang Dusun Kadazan hehehe...
Mungkin sebab masa kecik kami tak suka makan peria.
Sekarang suka pula makan peria.
Kalau Bossou tu biasa makan siap mengidam masa pregnant anak pertama.
Acuyuhan,
BalasPadamselamat hari raya juga, tq follow me... dah lama follow ye heheee.
Tukang Kebun,
BalasPadammacam-macam menu dalam masyarakat kita, seronok dapat kongsi dan merasa.