Sewaktu belek-belek catatan lama, terpandang draf catatan yang belum diterbitkan. Rupanya cerita hari raya tahun 2019. Oleh kerana sudah lengkap dengan gambar, eloklah dijadikan paparan juga. Sebenarnya, waktu itu keluarga sebelah Encik Suami mengadakan jamuan hari raya di kampung. Masing-masing keluarga membawa hidangan untuk dinikmati bersama. Sudah tentulah sebahagian besar sanak saudara akan turut serta untuk memeriahkan majlis. Dalam perbincangan kumpulan WhatsAap keluarga, mereka mencadangkan Amie masak sekali lagi Coto Makassar. Sebenarnya beberapa hari sebelum itu mereka sudah berkunjung raya ke rumah kami dan salah satu hidangannya ialah Coto Makassar. Untuk tidak menghampakan permintaan, dan memikirkan ada lagi anak-anak buah yang belum menikmati Coto Makassar hasil air tangan Amie, jadi Amie pun bersetujulah untuk memasaknya. Satu permintaan dari kakak ipar, kalau boleh Amie buat coto gunakan ayam. Memandangkan ada selera yang berbeza, jadi Amie buat dua jenis, iaitu berasaskan ayam dan satu lagi berasaskan organ dalaman lembu.
Dua-duanya pun sedap!
Dua gambar di atas: Coto Makassar di rumah terbuka kami.
Coto Makassar yang dibawa ke kampung. Gambar atas : Bahan asas, lembu. Gambar bawah : Bahan asas, ayam.
Pertama kali buat coto gunakan ayam, memang sangat sedap! In shaa Allah, kalau Amie masak lagi dengan menggunakan ayam, Amie akan kongsi resipinya.
Resipi Coto Makassar sebelum ini, boleh klik di sini: Coto Makassar Hidangan Lazat di Aidil Fitri. Ketika Amie memasak hidangan ini, hanya ada dua bahan asas sahaja yang ada iaitu tulang lembu dan perut lembu.
Bahan-bahan:
3 kg perut lembu
2 kg tulang lembu
5 liter air
4 liter air basuhan beras yang ketiga
5 cm lengkuas - tambah 1/2 cawan air - kisar - tapis / perah - ambil airnya
5 batang serai - ketuk
8 cm halia - kisar
garam / perasa pilihan secukupnya
Cara:
1. Rebus perut lembu dan tulang menggunakan air biasa sehingga mendidih.
2. Buangkan air rebusan dan bilas bahan rebusan.
3. Masukkan bahan rebusan ke dalam periuk dan tambahkan air basuhan beras, air biasa, serai, halia, air lengkuas yang ditapis dan garam / perasa pilihan.
4. Rebus dengan menggunakan api perlahan sehingga kesemua bahan empuk. Kalau gunakan api kuat nanti air rebusan akan cepat berkurangan. Jika ada pressure cooker, gunakanlah.
Kalau tak suka perut, dan organ dalaman, boleh gunakan daging sahaja. Penggunaan bahan tidak terhad, boleh gunakan daging urat, gantikan dengan daging ayam dan sebagainya. Bila bahan rebusan dah empuk, keluarkan dari periuk. Air rebusan tu jangan pulak dibuang! Biarkan terus mendidih dengan api perlahan. Nanti akan dimasukkan bahan perencah ke dalam air rebusan tadi. Bahan rebusan nanti bolehlah dihiris ikut saiz yang disukai.
Seterusnya kita sediakan bahan tumisan untuk kuah coto seperti di bawah.
Bahan kisar:
5 labu bawang besar
15 biji bawang merah
15 ulas bawang putih
4 sudu besar ketumbar biji
1 sudu besar jintan putih
5 batang serai - ambil isinya yang putih - hiris -hiris
1 sudu besar lada putih
8 biji buah keras
3 sudu besar serbuk rempah sup
Bahan lain:
3/4 cawan minyak
1.5 kg kacang tanah tanpa kulit- goreng - kisar halus
hirisan daun sup / bawang
bawang goreng
(Penggunaan kacang tanah tanpa kulit akan menjadikan kuah coto berwarna cerah keputihan, manakala penggunaan kacang tanah berkulit akan menjadikan kuah coto lebih gelap keperangan). Kalau tidak ada kacang tanah tanpa kulit, goreng saja kacang tanah biasa, dan kemudian buang kulitnya sebelum dikisar halus. Tak buang kulit pun boleh, jadi hasil kuahnya akan berwarna lebih gelap.
Cara memasak:
1. Panaskan minyak. Tumis semua bahan kisar sehingga pecah minyak.
2. Kemudian masukkan bahan tumisan tadi ke dalam periuk berisi air rebusan yang sedang mendidih.
3. Seterusnya masukkan kacang tanah goreng yang dikisar halus.
4. Terus didihkan dengan api perlahan selama 10 minit lagi, dan kemudian tambahkan bahan perasa lagi sekiranya perlu untuk menyempurnakan rasanya.
6. Taburkan segenggam bawang goreng dan segenggam daun sup/ daun bawang. Kacau sekali dua. Tutup periuk dan padamkan api dapur.
Jom kita lihat antara bahan yang diperlukan untuk menyediakan Coto Makassar yang lazat! Untuk tambah kelazatannya, jangan lupa sediakan daun bawang dan daun sup.
Kalau ada leek atau batang bawang jenis besar, bolehlah digunakan. Hiris tipis.
Sediakan juga limau kasturi atau limau nipis untuk menambah rasa masam dalam hidangan Coto Makassar.
Bahan lain yang wajib digunakan dalam perencah kuah Coto Makassar termasuklah serai, halia dan lengkuas.
Coto Makassar bertambah enak jika dilengkapi dengan sambal. Macam-macam jenis sambal yang Amie jumpa kalau makan Coto Makassar di luar. Biasanya Amie hanya kisar cili padi, bawang putih dan tambahkan kicap lemak manis serta perahan jus limau sahaja.
Bahan untuk kuah, boleh gunakan kacang tanah yang tak berkulit.
Gunakan kacang tanah yang berkulit pun tidak ada masalah.
Tulang lembu yang sudah siap dimasak. Leraikan isi dari tulang. Hiris kecil-kecil.
Begitu juga dengan perut lembu. Hiris kecil. Waktu itu Amie hanya ada perut lembu sahaja. Organ dalaman yang lain tidak ada.
Coto Makassar boleh dinikmati bersama suhun, mee hoon dan juga nasi himpit.
Namun begitu, untuk rasa yang lebih asli, Coto Makassar dinikmati bersama buras. Alhamdulillah. Walaupun Amie tak sediakan buras, tapi sampai di kampung ada hidangan buras. Jadi sesiapa yang ingin makan Coto Makassar dengan buras, boleh ambil saja.
Siap jugalah Coto Makassar sebelum tiba waktu Maghrib.
Amie susun bahan makanan di dalam bekas yang lebih kecil untuk jimatkan ruang meja hidangan di kampung nanti. Selebihnya Amie masukkan dalam bekas yang lebih besar. Kalau habis isinya, boleh tambahkan lagi. Bayangkan kalau sudah begitu ramai yang datang dengan membawa juadah masing-masing sudah tentulah akan sesak.
Masih teringat lagi betapa lembutnya hirisan perut lembu itu!
Daging lembu yang sudah dileraikan dari tulang.
Sambal kicap cili padi jangan dilupa!
Set Coto Makassar sudah siap!
Kuah Coto Makassar daripada rebusan tulang dan perut lembu.
Kuah Coto Makassar dari rebusan ayam.
Sempat juga sediakan minuman cocktail.
Selepas solat Maghrib, kami pun bergerak ke kampung.
Juadah yang dibawa oleh setiap ahli keluarga. Macam-macam ada.
Bila menyiapkan entri tertunggak selama setahun ini, tiba-tiba teringin nak makan Coto Makassar!
Alhamdulillah, malam itu dapat sediakan coto ayam dan coto lembu. Jadi yang tak makan lembu, bolehlah makan ayam.
Info:
Ada yang masih keliru dengan penggunaan perkataan soto dan coto.
Dalam kamus Wikipedia, selain soto atau coto, ia juga dikenali dengan nama stroto! Dalam Kamus Dewan kita pula kata, soto ialah sejenis makanan seperti sup yang dicampur dengan daging ayam bersama nasi himpit (mi, taugeh dan lain-lain). Apa pun sebenarnya soto ni memang pelbagai! Soto dikaitkan dengan kuahnya yang kelihatan lebih jernih, manakala coto pula kuahnya lebih gelap.
Bergambar kenangan bersama sebahagian daripada ahli keluarga Encik Suami.
Setahun sudah berlalu!
Wah! Sedap2 ni..bunda pun penggemar soto.. tapi banyak jugak bahan rencahnya yea...
BalasPadamSalam ukhwah dari bunda..selamat hari raya.
tahun ini belum sediakan coto, maklum si penggemar tak dtg beraya tahun ini tapi lontong dah kali kedua.
BalasPadamterliur, nampak sangat sedap, Terima kasih berkongsi
BalasPadamBunda Nora,
BalasPadamterima kasih sudi singgah sini.
Nasa Mulia,
BalasPadammemang kena ada penggemarnya kalau nak masak coto ni, sebab tak semua orang pandai makan hahaaa.
pseudoMu,
BalasPadamjemput ye.
Assalamualaikum Amie...salam perkenalan dari saya...Puan Dara Fiona Mohamad dari Shah Alam. baru hari ini saya terjumpa blogger puan. Itu pon sebab nak cari resepi ayam masak lengkuas.
BalasPadamSaya hujung minggu yg lalu pergi pontian makan burasak. Di sana makab burasak dgn ayam dan daging rendang. Ada kawan dari Tawau dia cakap org bugis di tawau makan burasak dengan ayam lengkuas. Itu yg saya gagah ggogle resepi...terjumpa blog amin.
Alhamdulilah dan terima kasih. Amin memang orang bugis ke? Amie tinggal di mana? Ada face book ke? FB saya Dara Fiona Mohamad. terima kasih share resepi. Moga murah rezeki amie sekeluarga.
You have put so much effort to cook this much food and moreover it looks delicious too. Now it's time to avail Taxi Stratford upon Avon for more information.
BalasPadam