Siapa pernah makan Sambal Belacan Thai / Siam?
Ada macam-macam jenis, dan pelbagai rasa. Tapi kita terpikat dengan sambal belacan yang satu ini... yang rasanya tak pedas menyengat, yang ada rasa masam manis, pendek kata sedaplah...ahaks! Itu pasal kalau makan di Bangkok, kami selalu minta tambah sambal belacan! Dan akhirnya kami pun belilah belacan bawa balik. Gula kabung atau gula Siam pun kami hangkut sekali...kah! Kononnya nak buat ramuan som tam!
Encik Suami suka sangatlah makan sambal belan ni dengan ulam timun, dan ikan lengat goreng! Firdaus lagilah! Dicecahnya ayam goreng dengan sambal belacan yang sangat sedap nih! Amie tumbuk kesemua bahan. Kali ini tak mahu main kisar. Jom kita lihat bahan-bahan yang Amie gunakan. Amie gunakan terus belacan dari bekasnya, tak perlu digoreng atau dibakar. Bawang merah pun tak perlu digoreng atau dibakar.
1 sudu besar belacan Thailand
2 sudu besar gula kabung / gula Siam
5 biji bawang merah
7 biji cili padi
1 biji cili hijau
1 biji cili merah
1 biji tomato saiz sederhana - kupas kulit - cincang
1 biji limau nipis - ambil jusnya
garam / perasa pilihan
Cara:
1. Tumbuk cili padi, cili hijau, cili merah hingga hancur.
2. Kemudian masukkan bawang merah, dan tumbuk sebiji demi sebiji.
3. Seterusnya masukkan belacan dan gula Siam, garam / perasa pilihan. Tumbuk lagi hingga sebati.
4. Masukkan tomato cincang dan tekan-tekan dengan anak lesung, supaya tidak merecik.
5. Akhir sekali, perahkan jus limau nipis.
6. Gaul sebati, dan hidangkan.
Alhamdulillah.
Akhirnya dapat juga buat Sambal Belacan Thai / Siam yang memang sama rasanya dengan yang kami makan di Bangkok!
Kecur air liur tengok sambal belacan ni. makan dengan nasi panas, ikan goreng dan ulam memang sedap tu.
BalasPadamMemang sambal belacan Thai sedap dia lain macam kan Kak, kami makan yang di Puket dulu, Masya Allah sedapnya....ngences bila ingat.
BalasPadamKat mana beli gula siam ye?
BalasPadamAzhafizah,
BalasPadammemang sedap sangat... kami makan dengan ikan goreng, ulam timun.
Nasa Mulia,
kan... sedap sangat sampai kami minta tambah, tak cukup itu mencari lagi belacan dan gula siam bawa balik.
Quaint-ish,
saya beli di Bangkok. Gula siam pun ada dijual di shoppe, nama lainnya gula kabung.