Hai, jumpa lagi.
Covid-19 sedang mencipta sejarah dunia.
Dalam tempoh 24 jam sahaja, jumlah kematian mencecah 7,000.
Setakat kelmarin, 22 April 2020 jumlah kematian di seluruh dunia menghampiri angka 183,000!
Amerika Syarikat mencatat jumlah tertinggi dunia dengan 46,000 dan dilaporkan dalam tempoh 24 jam merekodkan 2,600 kematian! Diikuti Italy yang mencatatkan kematian melebihi 25,000, seterusnya Sepanyol dengan 21, 700 kematian dan United Kingdom, sebanyak 18,000 kematian semenjak wabak ini merebak!
Negara kita?
Alhamdulillah, syukur kepada Allah Yang Maha Pengasih dan Penyayang.
Kelmarin, jumlah kematian yang dilaporkan hanya 1, dan jumlah keseluruhan ialah sebanyak 93 kes. Mudah-mudahan hari ini kita akan menerima berita baik dalam negara, tiada kematian, banyak yang sembuh dan kurang jumlah jangkitan. Aamiin.
Kita cerita resipi yang ingin Amie kongsikan kali ini. Amie sediakan Nasi Goreng dengan Telur Masin untuk sarapan keluarga kecil Amie. Bila bersarapan menu berat begini, kenyang sampai ke tengahari. Jadi, untuk hidangan tengahari pula bolehlah masak lewat sedikit.
Mungkin ada yang beranggapan bila disebut telur masin, sudah pasti terasa sangat masinnya terutama bahagian yang berwarna putih. Memang benar, masin bahagian putih telur itu tidak dapat dinafikan, tapi tidaklah nasi goreng yang bercampur telur masin rasanya pun sangat masin seperti putih telur itu... ahaks!
Jom kita masak sama-sama.
Bahan-bahan:
5 cawan nasi putih
3 biji telur masin
1 cawan isi udang segar
10 biji cili padi - hiris
4 sudu besar minyak
penambah perasa Maggi Cukup Rasa
Bahan hiris / tumbuk:
3 tangkai cili kering
3 ulas bawang putih
5 biji bawang merah
1. Rebus telur masin. Kupas atau keluarkan isi telur masin.
2. Hancurkan telur masin dengan menggunakan garfu.
3. Gaul telur masin hancur tadi bersama nasi putih. Ketepikan.
4. Panaskan minyak dalam kuali dan tumis bahan kisar hingga terbit minyak.
5. Masukkan udang dan cili padi hiris. Masak sehingga udang berubah warna.
6. Seterusnya masukkan nasi putih yang sudah digaul dengan telur masin. Gaul rata, dan tambahkan penambah perasa Maggi Cukup Rasa.
7. Kacau beberapa kali, dan padamkan api dapur.
Nasi Goreng dengan Telur Masin dah siap!
Mesti sedap dan mengenyangkan..
BalasPadamJom ke sini pula http://eyma0913.blogspot.com/
Tak pernah cuba lgi
BalasPadamTelur masin ni stok sedap utk bulan posa
BalasPadamSedap nasi goreng tambah telur masin. Biasa masak tambah isi sardin sikit atau tuna flakes :)
BalasPadam