Pages

Rabu, 22 April 2020

Mee Hoon Goreng Perencah Tom Yam dengan Ayam

Jom sarapan Mee Hoon Goreng Perencah Tom Yam dengan Ayam. Kali ini resipi tanpa sayur. Tak ada stok sayuran hijau di dapur. Jika suka, boleh tambahkan hirisan lobak merah dan pelbagai sayuran lain seperti kobis, sawi dan sebagainya.

Resepi Mee Hoon Goreng Perencah Tom Yam  dengan Ayam
Kita terus kongsi resipi ye. Sekejap lagi nak lari ke pasar depan rumah, nak cari sayur untuk lauk tengahari nanti... ahaks! Tak apalah, hanya dengan ujian kecil peti sejuk rosak di musim PKP takkan nak mengeluh. Banyak lagi nikmat lain yang Allah beri. 

Bahan-bahan:
1 bungkus mee hoon - rendam hingga lembut - toskan airnya
1 bahagian sukuan peha ayam - cincang kecil
1 kiub tom yam KNORR 
1 sudu besar sos ikan
2 sudu besar sos cili Thai
1 batang serai - dititik
4 helai daun limau purut - buang tulang belakang - ramas
7 biji tomato ceri - belah dua
4 sudu besar minyak
garam / gula / perasa pilihan

Bahan hiris:
3 ulas bawang putih
1 labu bawang besar
10 biji cili padi

Cara memasak:
1. Panaskan minyak dan goreng bahan hiris hingga terbit aroma.
2. Masukkan serai, kiub tom yam dan ayam. Jika terlalu kering, tambahkan sedikit air untuk 'memasakkan' ayam.
3. Setelah ayam masak, masukkan tomato ceri dan mee hoon.
4. Tuangkan sos ikan, sos cili Thai dan masukkan daun limau purut.
5. Gaul rata, dan tambahkan perasa seperti garam / gula / perasa pilihan jika perlu.

Resepi Mee Hoon Goreng Perencah Tom Yam  dengan Ayam
Mee Hoon Goreng Perencah Tom Yam dengan Ayam dah siap!

2 ulasan: