Pages

Isnin, 27 April 2020

Kerepek Popia Ikan Bilis dengan Kacang Tanah

Semalam berangan, sebelah petang nak buat popia sira pedas untuk juadah buka puasa. Sambil-sambil itu, nak buat kerepek popia ikan bilis dengan kacang tanah. Jenguk ikan bilis dan kacang tanah yang sedang dijemur di tengah panas matahari, kelihatan banyak pula semut datang 'menjamu selera' ikan bilis yang sedang dijemur! Berangan-angan, selepas solat Zohor  nanti bolehlah beroperasi.
Pukul 2 petang masuk dapur, bongkar freezer dan cari apa yang patut. Bila tarik bungkusan kulit popia, lembik pula! Bila bongkar bungkusan yang lain... eh! Freezer tak berfungsi pulak. Adeeehhh....! Cepat-cepat panggil Encik Suami. Memang freezer tidak berfungsi. Mungkin dari malam sebab banyak bahan beku sudah lembik!
Adeeeehhhh!
Sudahlah peti sejuk belum sempat dibaiki, freezer pula bermasalah! Sekali lagi Encik Suami telefon 'seseorang' yang datang untuk baiki peti sejuk tapi tidak berjaya. Katanya, kalau freezer dia boleh baiki. 
Maka kita pun terpaksa ubah fikiran. Tak selesa pula buat kerja di dapur ketika orang datang baiki freezer. Nak masak inti popia kenalah duduk di dapur. Huurrmmm... tinggalkan dahulu popia sira pedas. Buatlah yang lebih mudah, tak perlu berada di dapur.
Kita pun angkutlah kulit popia, ikan bilis, kacang tanah dan bancugan tepung gandum ke ruang tamu. Duduklah di situ sementara menunggu freezer siap dibaiki.

Resipi Kerepek Popia Ikan Bilis dengan Kacang Tanah
Menjelang azan Asar, Amie hentikan kerja menampal ikan bilis dan kacang tanah di atas kulit popia. Lenguh pula rasanya buat kerja begini. Firdaus pada mulanya membantu pisahkan kulit popia, tapi lama-kelamaan bising pula. Katanya, tak suka bau ikan bilislah. Ikan bilis ada semutlah. Akhirnya kita siapkan sendiri. Tak banyak pun kulit popia yang digunakan. Mungkin dalam 20 helai. Potong-potong kecil, jadilah beratus keping!

Resipi Kerepek Popia Ikan Bilis dengan Kacang Tanah
Tak tahulah pula siapa pencipta asal kerepek popia bilis dengan kacang tanah ini. Pada mulanya, setahun dua yang lalu selalu nampak melintas di FB. Nak buat tak berkesempatan pula. Belek sana dan sini, tak pasti pula siapa empunya resipi yang sebenar. Ada nama, tapi walaupun resipi sama namanya pula berbeza. Siapa pun pereka resipi sebenar, mohon halalkan perkongsian ini dan semoga Allah balas niat baik berkongsi itu denga kebaikan yang berganda. In shaa Allah.

Resipi Kerepek Popia Ikan Bilis dengan Kacang Tanah
Tidak banyak bahan yang diperlukan, dan tiada sukatan tertentu yang digunakan untuk menghasilkan kerepek popia ikan bilis dengan kacang tanah ini. Terpulang nak buat seberapa banyak yang disukai.  Anda hanya perlukan kulit popia, ikan bilis, kacang tanah, bancuhan tepung gandum untuk melekatkan ikan bilis dan kacang tanah di atas kulit popia dan minyak yang banyak untuk menggoreng.
Ikan bilis dan kacang tanah hendaklah dibilas bersih, dan dijemur hingga kering. Amie terbaca dalam FB, ada yang goreng ikan bilis dan kacang tanah terlebih dahulu kemudian barulah dilekatkan dengan bancuhan tepung gandum di atas kulit popia. Terpulanglah nak ikut cara yang disukai dan menyenangkan.

Resipi Kerepek Popia Ikan Bilis dengan Kacang Tanah
Selain kerepek popia ikan bilis dan kacang tanah, Amie buat juga sedikit kerepek pop[ia ikan bilis sahaja.

Resipi Kerepek Popia Ikan Bilis dengan Kacang Tanah
Kalau nak hasil yang cantik, goreng dengan api sederhana panas seperti menggoreng popia biasa. Hasil goreng Amie di atas kerana minyak lebih panas! Jadi, bergulung dan menggerutu hasil kerepek popia itu.

Resipi Kerepek Popia Ikan Bilis dengan Kacang Tanah
Wokey!
Bolehlah buat kudap-kudapan sambil menonton televisyen!
Krup krap krup kraaapp!

1 ulasan:

  1. SA pernah buat...ikut kehendak Dania...memang sedap...dan yang pasti ekejapan je dah habis...hehehehe

    BalasPadam