Pages

Khamis, 12 Mac 2020

Viva Voce Sarjana

Sekadar catatan buat kenang-kenangan keluarga.
Seringkali Abang Farid berkongsi kesibukannya, menghadapi karenah pelajar asasi, menghadiri konferens, menulis journal dan membuat penyelidikan. Katanya, satu artikelnya telah diterbitkan dengan tajuk: Mixtures of tetrabutylammonium chloride salt with different glycol structures: Thermal stability and functional groups characterizations. Dan satu lagi bertajuk: Futuristic Advance and Perspective of Deep Eutectic Solvent for Extractive Desulfurization of Fuel Oil: A Review, telah diterima untuk diterbitkan di Journal of Molecular Liquids, terbitan Elsevier.
Maaf Abang Farid. Mommy dengan Baba tak faham bahasa orang sains. Mommy dan Baba hanya sekadar mampu memberi sokongan moral buat Abang Farid.
Kelmarin, Abang Farid telah menyelesaikan tugasan berupa ujian yang akan menentukan sama ada hasil penyelidikannya diluluskan oleh panel penilai atau sebaliknya. Abang Farid melalui pengalaman yang mendebarkan iaitu VIVA VOCE yang dinilai oleh pemeriksa dalaman (UTP) dan penilai luaran (UPM). 
1/2 jam sebelum pembentangan bermula, Abang Farid sempat telefon kami. Minta doakan agar segalanya berjalan lancar. Memang begitulah, setiap kali akan menghadapi ujian, peperiksaan dan sebagainya Abang Farid mesti berkali-kali memohon agar kami sentiasa mendoakannya.
Huurrmmm... kita yang sudah jauh meninggalkan dunia pembelajaran, rasa teruja untuk mengetahui apa itu VIVA VOCE. VIVA VOCE ialah word by mouth atau with the living voice, iaitu ujian atau peperiksaan dilakukan secara perbincangan. 

Antara yang turut serta untuk menjayakan VIVA VOCE termasuklah pengerusi majlis, penyelia, para penilai, eksekutif akademik Jabatan Sains Asas dan Gunaan UTP serta pihak CETAL UTP.
Kata Abang Farid, pembentangan dibuat secara video konferens dengan penilai dari luar (UPM).


Syukur Alhamdulillah. VIVA VOCE selesai dan Abang Farid kongsikan laporan VIVA  daripada pengerusi majlis kepada kami. Memang beberapa bulan sebelum ini Abang Farid selalu sebut-sebut hal viva, dan mungkin seribu kelegaan baginya kerana tesisnya telah diterima. Patutlah ada nada kerisauan dalam setiap butir bicaranya tentang viva, kerana rupanya viva merupakan satu medium untuk memperlihatkan keupayaan pelajar dalam perbincangan akademik bersama dengan penilai-penilai dalam dan luaran. Ini bertujuan untuk memastikan tesis yang dihasilkan merupakan hasil penyelidikan sendiri. Sekaligus menjadikan penyelidik itu memang benar-benar faham apa yang telah dikaji.

 Tahniah Abang Farid!


Selamat membuat pembetulan akhir untuk tesis Abang Farid yang bertajuk: Development and Performance of Glycol-based Deep Eutectic Solvent for Extractive Desulfurization System.

.

2 ulasan:

  1. acik nk nyebut pun berbelit abang Farid oi....
    apa pun moga di permudahkan semuanya, moga terus sukses dalam pembelajaran ya

    BalasPadam
  2. Cari dana tambahan tanpa harus pusing
    Agen Slot Deposit Pulsa Masterbet188 solusinya

    bingung cari agen bisa Depo/Wd pakai OVO sini yukkk mampir
    Bisa lhooo di MASTERBET188
    Pakai rek DANA juga bisa lho 🙂

    🎲 Depo pulsa 👉 10.000
    🎲 Depo Tf 👉 25.000
    🎲 Withdraw 👉 50.000

    Info lebih lanjut hubungi 👇

    Hubungi Kami :
    📲 Whatsapp: +6281397628286
    📲 Line : Masterbet188
    🌏 Link 1 : www. masterbets188 .info

    BalasPadam