Assalamualaikum.
Selamat malam semua.
Hari ini LD hujan, tapi tak lama. Cuaca kembali terik.
Alhamdulillah, biar apa pun fenomena alam yang terjadi, kita masih diberi kesempatan untuk bernafas dan meneruskan kehidupan di alam ini.
Resepi kali ini, giliran Udang Goreng garam Kunyit pula untuk dijadikan paparan. Olahannya ringkas sahaja. Kalau tak silap, menu ini Amie hidangkan untuk sekeluarga ketika Farid dan Fuad masih bercuti pada Januari _Februari 2020 yang lalu. Fuad suka makan lobak merah. Jadi, setiap kali masak kalau boleh ada sedikit lobak merah yang menyelit. Jom kita lihat resepinya di bawah ini. Biasanya Amie gunakan udang kertas, tapi kali ini Amie gunakan udang bemban pula.
Bahan-bahan:
400 gram udang bemban - gunting muncungnya - tarikh kotoran udang dari belakang tengkuk - gaul dengan sedikit garam dan serbuk kunyit - biarkan selama 15 minit
4 batang kacang panjang - hiris serong
1/2 batang lobak merah - hiris bulat
1 sudu besar sos tiram
3 sudu besar minyak
Bahan hiris:
1 labu bawang besar
3 ulas bawang putih
3 biji bawang merah
2 tangkai cili hijau (kalau ada cili merah nampak lebih cantik)
Cara:
1. Panaskan minyak dan tumis bahan hiris hingga terbit bau.
2. Kemudian masukkan udang bersama lobak merak.
3. Gaul rata dan biarkan masak sehingga udang berubah warna.
4. Masukkan kacang panjang, diikuti dengan sos tiram.
5. Kacau beberapa kali sehingga kacang panjang berubah warna. Jika kurang rasa masin, bolehlah tambah garam. Amie tak bubuh garam sebab sewaktu memerap udang, sudah ada garamnya!

Hari ketujuh Perintah Kawalan Pergerakan sudah menghampiri malam. Dan, khabarnya lagi sudah 15 jumlah kematian akibat Covid 19. Allahu Akbar!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan