Pada mulanya kami bercadang untuk bermalam di Seafest Boutique Wing Hotel Semporna, tetapi petugas kaunter kata tidak ada family room seperti yang kami kehendaki. Ada family room di Seafest Hotel. Kami pun bergerak ke Seafest Hotel pula.
Sampai di sini, kata petugas di kaunter, family room sudah penuh. Pada mulanya, kami dimaklumkan ada family room, mengadap pemandangan kampung. Tiba-tiba petugas kaunter kata, dah penuh pula. Kalau nak juga family room, bolehlah tempah di Seafest Hotel Lepa Wing. Family room di situ mengadap pemandangan laut. Bolehlah berjalan sedikit menuju ke Seafest Hotel Lepa Wing yang terletak di tepi laut tu. Hurrmmm... malaslah pulak nak gerak-gerak lagi, nak cari tempat letak kereta lagi... hiks! Tak apalah, kalau tak ada family room, dapat twin bed pun ok. Jadi, kami pun putuskan untuk bermalam sahaja di Seafest Hotel.
Ini Seafest Hotel Lepa Wing. Ketiga-tiga hotel yang Amie sebutkan ini letaknya berdekatan, satu jalan iaitu Jalan Kastam, Semporna. Kebetulannya, pada hari tersebut merupakan hari kedua selepas Krismas, tapi masih ramai pelancong yang datang ke sini. Terasa juga seolah-olah bukan berada di Semporna kerana beitu ramai pelancong dari negara China di sana sini!
Jom masuk bilik hotel 3 bintang di Semporna ini
Alhamdulillah. Sejadah turut disediakan.
Bilik airnya pun bersih.
Reflika lepa / perahu tradisi masyarakat Bajau terletak di pintu masuk The Lepa Cafe.
Keesokan paginya, sewaktu kami turun untuk bersarapan, The Lepa Cafe ini dipenuhi oleh pelanggan yang terdiri daripada pelancong dari negara China.
Menu yang dihidangkan, sama seperti hidangan di hotel lain. Ada nasi goreng kampung, mee hoon goreng, kentang goreng, sosej dan pelbagai lagi. Mata tercari-cari juga kalau ada sejenis dua makanan tradisi Bajau memandangkan nama cafe pun sempena nama tradisi perahu masyarakat Bajau.
Tidak ada.
Seperti biasa, memang tak pernah tak rasa bubur nasi! Suka hati jew nak bubuh lauk apa.... ahaks!
3 bintang tapi lengkap betul hotel nya kak, siap iron dan iron board lagi, kalau kt sini kadang takde sangat iron kalau 3 bintang.
BalasPadamsuka la si kecik tuh dia bergambar kat semua tempat, kak yg kat bubur tu yang warna coklat-coklat tu jeruk lobak putih ke tu?
Happy New Year, Amie! Seronoknya holiday dan duduk kat hotel. Nampak amat selesa.
BalasPadamLengkap dan nampak sgt selesa hotel ni.
BalasPadamNampak selesa hote tu kak...cumanya ramai ngan pelancong dari china ye....
BalasPadam