Semporna, sekejap mendung sekejap cerah.
Kami redah sahaja, berjalan kaki dari Hotel Seafest ke beberapa tempat yang berhampiran untuk menghabiskan masa.
Firdaus bukan main lagi riang gembira dapat jalan-jalan!
Maklum sahajalah, sesekali keluar kandang... ahaks!
Di perjalanan, nampak pelbagai gelagat para pelancong, dan tidak ketinggalan beberapa orang penduduk tempatan menjual hasil laut segar yang masih hidup, dibawa di dalam baldi atau besen. Bila mereka berpapasan dengan pelancong dari China, mereka akan berurus niaga dalam bahasa 'ayam dan itik'.
Ramai juga pelancong dari China yang tertarik untuk membeli haiwan laut ini. Setengahnya akan bawa ke pulau untuk dibuat bbq. Dan setengahnya pula meminta bantuan tukang masak restoran.
Jom kita lihat landak laut dengan lebih dekat. Landak laut ini masih hidup, bulunya bergerak-gerak di dalam air. Kalau Amie beli pun, tak tahu nak bersihkan. Kenalah belajar dahulu ilmu membersihkan landak laut, barulah boleh buat sendiri.
Ini landak laut atau tehe-tehe yang sudah siap dimasak (okok-okok)yang kami makan di Restoran Kampungku di Semporna. Nak tengok isinya, bolehlah lihat gambar di bawah. Tehe-tehe di bawah ini Amie beli di Pasar Tanu Lahad Datu. Setelah dipecahkan kulitnya, kelihatanlah isinya yang, iaitu beras yang dimasak sudah menjadi nasi. Manakala tehe-tehe dalam gambar atas, isinya ialah beras pulut.
Ini pula ketam suri yang masih hidup. Sewaktu kami berkunjung ke Pulau Mabul pada tahun lepas, kami sempat beli ketam segar yang masih hidup dan meminta tukang masak restoran memasaknya untuk kami.
Ini pula udang lipan.
Rupanya udang lipan pandai menggulungkan dirinya menjadi bentuk bulat!
Sesiapa yang inginkan kelainan, bolehlah menginap di Dragon Inn Floating Hotel). Kami pernah bermalam di sini pada 2018. Jumlah pelanggan mesti ikut bilangan katil. Maknanya kalau dua katil, penghuninya hanya ada dua orang sahaja, tak boleh tambah kecuali kanak-kanak.
Temankan Firdaus tengok ikan kerapu besar dan ikan keratang dalam sangkar.
Kemudian kami patah balik ke Hotel Seafest, dan singgah di Anjung Lepa.
Sementara menunggu minuman yang dipesan tiba, ambil dahulu gambar tepi laut.
Pemuda berbaju merah di dalam perahu ini sedang mengumpulkan ikan kerapu yang masih hidup. Kemudian dibawa naik ke restoran. Ikan-ikan yang masih hidup ini dimasukkan ke dalam akuarium untuk dujual kepada peminat seafood.
Encik Suami hanya memesan roti panggang dengan minuman panas.
Walaupun restoran makanan laut, tetapi ada juga hidangan makanan ringan lain yang boleh dipesan.
ABC yang dipesan Firdaus penuh dengan jagung!
Tolong Firdaus makan kentang goreng... ahaks!
Sebelah malamnya pula, kami jalan kaki ke Pasar Malam Semporna.
Banyak jugalah makanan dan minuman yang dijual di sini, tapi tempat makannya pula agak gelap.
Walaupun tempat duduk gelap, dapat jugalah kami makan dua jenis sate ayam. Jenis pertama, sate ayam penjual tempatan, dan yang kedua sate ayam Kajang, dijual oleh orang Malaya.
Kami berjalan kaki lagi, bakar kalori...hiks!
Akhirnya berhenti di Anjung D'Samudera Cafe.
Sekali lagi kami makan sambil menghirup angin laut sebab restoran ini terletak di tepi laut.
Kami pesan 2 jenis shell out, masakan kam heong dan juga butter basah.
Jus / puri mangga yang sangat sedap dihidangkan sekali dalam set shell out.
Lepas makan, jalan-jalan lagi nak bagi turun makanan dalam perut. Tak jauh pun jalan balik ke hotel. 400 meter jew...hihihiiii!
landak laut kt sini durinya tak panjang-panjang ye kak, selalu tgk kalau rancangan Law of the jungle, landak lautnya duri panjang dan warna hitam...
BalasPadamgeram nya tengok semua makanan laut yg fresh2 tu.. mesti rasa dia pun manis lain macam yek...
masya Allah, bestnya tengok makanan laut nya.. entah bila lah cik azue boleh p sana kan
BalasPadamDana,
BalasPadambanyak jenis landak laut, yang hitam bulu panjang pun ada. Ini yang spesies dibuat 'ketupat' atau 'okok-okok'.
Kazue,
in shaa Allah, jika ada hasrat nak datang, sampai juga suatu hari nanti
Tengok entry yang terus semangat naka travel ke sana memuncak2..bagai memangil2 la kak amie...please bring me there...bestnya explore semua ni
BalasPadam