Lamanya tak jalan-jalan ke Kelantan!
Terakhir singgah di Rantau Panjang dan Pasar Siti Khadijah pada Disember 1987!
Berapa puluh tahun tu?
Alhamdulillah, setelah beberapa kali merancang untuk datang lagi, Allah berikan rezeki untuk jejak Kelantan pada 28 November 2019.
Terima kasih daun keladi, terima kasih sekalung budi buat dik Za Fauzan kerana sanggup luangkan masa mengambil kami di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Kota Bharu pada pagi Khamis.
Tempat pertama dik Za Fauzan bawa kami ialah di Restoran Nasi Kerabu Panji di Kota Bharu. Katanya, inilah tempat makan nasi kerabu yang paling sedap, dan dikunjungi ramai pelanggan.
Kami bertiga memilih lauk kegemaran masing-masing. Amie pilih nasi kerabu dengan kambing bakar.
Kam memilih daging ayam dan daging lembu bakar.
Rasa sangat terkejut, sebab dengan lauk-pauk yang dipilih termasuk solok lada dan telur masin, harganya hanya RM7!
Untuk nasi kerabu tambah kambing bakar pula, harganya RM8. Hanya beza RM1 berbanding daging lembu dan daging ayam bakar. Mewah sungguh lauk-pauknya, tapi harganya harga mampu beli semua pelanggan!
Kami tiba di sini lebih kurang pukul 9 pagi. Restoran ini dipenuhi pelanggan, baik yang sedang duduk menikmati hidangan atau pun yang sedang berdiri beratur untuk membeli makanan. Bukan sahaja nasi kerabu yang dijual di sini, tetapi juga termasuk makanan lain seperti nasi tumpang.
Ada kerabu sare.
Dan pelbagai lagi.
Di tengah-tengah kesibukan tuan restoran melayan pelanggan, sempat juga Amie menyelit ke bahagian panggang-memanggang di hadapan restoran. Amie berbual-bual seketika dengan tukang panggang ayam dan daging, seorang lelaki. Nampak usianya sangat muda. Betullah tekaan Amie, dia masih belajar di Tingkatan 4.
Melaluinya, Amie dapat tahu restoran ini dibuka pada pukul 5 pagi hingga 2:30 petang setiap hari.
Sambil memotong daging panggang, adik tadi melayan pertanyaan Amie dengan baik. Sungguh sopan adik ini. Terima kasih dik.
Ikan bakar, ikan bakar percik... antara pilihan lauk nasi kerabu.
Bismillah.
Maka, makanlah kami bertiga dengan penuh selera. Makan nasi kerabu sebagai sarapan pagi. habis licin kami bedal...hihihiiii!
Sudah belanja nasi kerabu, Dik Za Fauzan belanja lagi kami makan pulut manis dan kuih kerbau guling!
Alhamdulillah.
Kenyang perut kami di pagi hari di Negeri Cik Siti Wan Kembang!
Pelanggang masih terus mendatangi restoran ini tanpa henti.
Dengan tawaran harga yang sangat murah, layanan yang baik dan rasa yang sangat sedap, semoga Restoran Nasi Kerabu Panji akan terus maju. In shaa Allah.
Mudah-mudahan dapat berkunjung lagi ke sini suatu hari nanti.
Di hadapan restoran, ada pula orang jual buah-buahan dengan coleknya sekali..... adeeehhhh!
Menggoda betul!
Lupa nak ucapkan:
Selamat Datang ke Kelantan!
wah tengok ni terus perut lapaq. haha
BalasPadamwahhhh sedapnya tengok menu nasi kerabu dengan segala lauknya tuh... akak datang sana ber2 je ke ngn Kam? ingatkan family ikut sekali
BalasPadamdana tak pernah sampai lg kelantan kak, sadis betul, asal pi kuala terengganu mesti teringin nk sampai kelantan
Jalan-jalan ke kelate pula ye kak amie :) enjoy your trip.
BalasPadamUmi,
BalasPadamjemput... nampak sedapkan.
Norhidana,
dari Surabaya - KLIA - Kota Bharu (simpan beg dalam locker KLIA2)
datanglah, syurga makanan tau.
Puan Hazel,
ye, menyelit kejap ke Kelantan heheee.
Seronok kalau blk kg mknn kat sana masih murah lagi
BalasPadamKalau nasi kerabu SA paling suka yg daging bakar lepas tu x nak di akar kering2...mesti ada juicy2 skit dagingnya
BalasPadam