Pages

Rabu, 11 Disember 2019

Antara Laksa dengan Laksam Kelantan: Dua-duanya Sedap!

Akhirnya sampai juga ke rumah Dik Za Fauzan di Bachok, Kelantan. Selalu hanya berkirim salam dengan mak ayahnya sahaja. Beberapa tahun lalu, Dik Za Fauzan sempat berkunjung ke rumah kami bersama mak ayah, abang, kakak dan anak saudaranya. Dari situlah kami berkenalan.


 Tak sangka betul, boleh bertemu di rumah mereka!
Itulah rezeki namanya!

Sebaik sampai di rumahnya, Dik Za Fauzan terus pecut dengan motosikalnya, entah ke mana. Tak lama kemudian, ayahnya pula menyusul naik motosikal, dan pulang bersama kuih akok yang masih panas! Perut yang sedia kenyang dengan nasi kerabu panji, kini ditambah pula dengan kuih akok! Sedapnya!

Mek (ibu Dik Za Fauzan) pernah kirimkan Amie ketupat daun palas beberapa jenis, raya puasa yang lalu melalui Dik Za Fauzan. Ada inti kacang. Ada inti serunding dan ada yang rasa manis. Aduhai... jauhnya mengirim. Syukur Alhamdulillah. Terharu sungguh atas ingatan mek.

Yang sebelah kiri, namanya Kak Pah. Seminggu sebelum sampai ke sini sebenarnya Kak Pah dah jumpa Amie di Lahad Datu. Kak Pah terbang sendiri ke sana dari Kota Bharu. Yang sebelah kanan, biras Kak Pah.

Kenangan bersama Kak Pah semasa berkunjung ke Lahad Datu.


Tak lama kemudian Dik Za Fauzan balik ke rumah membawa bungkusan laksa. Katanya ada dua jenis iaitu laksa dan laksam. Sekali lagi kami mencari ruang untuk menyelitkan laksa ke dalam perut...hiks! 



 Mula-mula makan laksam.

 Lepas itu makan laksa pula.

Kemudian, cuba pula laksa dengan kuah laksam.
Di sini Amie berkenalan dengan istilah lakso dan lakse...ahaks!

Terima kasih banyak-banyak atas layanan baik keluarga Dik Za Fauzan. In shaa Allah, ada rezeki kami akan datang lagi. Setakat ini dahulu pertemuan kita, sebab kami tak dapat berlama-lama di sini. Perjalanan seterusnya sedang menanti....


Allahu Akbar...
Mek dan Kak Pah bekalkan kami keropok! Setiap seorang diberi tiga bungkus. Rezeki diberi dengan ikhlas, kami terima terlebihlah ikhlasnya. Alhamdulillah, maka keropok-keropok ini kami bawa mengembara ke destinasi seterusnya.

4 ulasan:

  1. Laksa penang, laksam mmg sedap laksa johor lagi sedap hehe

    BalasPadam
  2. bestnya kak, datang ke sana tak cuba laksa dan laksam tak sah, kat sana memang biasa makan laksa kuah lemak... sedap

    mana lagi jalan-jalan kak... teruja baca

    BalasPadam
  3. Orang muo,
    hahaaa... semua sedap kan.

    Norhidana,
    jom jalan ke hatyai heheee

    BalasPadam
  4. aduhai..nampak laksa dan laksam dlm entry ni tetiba rasa nak plak

    BalasPadam