Pages

Rabu, 7 Ogos 2019

Sambal Belacan Buah Terap@Tarap

 Jumpa lagi.
Musim buah belum berakhir.
Di celah-celah cempedak dan durian, tidak ketinggalan buah terap @ tarap!
Dah puas makan isi terap @ tarap segar, boleh buat sambal belacan pula.

Selain dimakan begitu sahaja, buah terap boleh digoreng bersama adunan tepung seperti kita goreng isi cempedak. Buah terap @ tarap muda boleh diolah menjadi sayur.

Gambar buah terap @ tarap dari entri lepas.

 
Isi terap @ tarap lembut dan manis.

Kalau suka, biji buah terap @ tarap jangan dibuang.
Boleh digoreng tanpa minyak atau disangan / sangai.

 Amie goreng dengan minyak.
Perap dahulu dengan Maggi Cukup Rasa.
Kemudian digoreng, tapi tutup kuali...ahaks!
Takut meletup!
Kalau sangai, goreng tanpa minyak jarang meletup!

Opppsss!
Jauh menyimpang pulak!
Nak cerita Sambal Belacan Buah Terap @ Tarap, cerita lain pulak dah!

Ada dua biji buah terap @ tarap saiz kecil yang sudah masak dan boleh dimakan. Amie ambil beberapa ulas untuk dijadikan Sambal Belacan BuahTerap @ Tarap.

Bahan-bahan:
10 ulas buah terap @ tarap
30 biji cili padi
3 biji bawah merah
2 cm belacan
5 biji limau kasturi - ambil jusnya
garam / gula / perasa pilihan secukupnya

Cara:
1. Tumbuk cili padi, bawang merah dan belacan. Tidak perlu hancur lumat.
2. Tambahkan garam / gula / perasa pilihan.
3. Masukkan isi terap @ tarap. Lenyekkan sedikit.
4. Tuangkan jus limau kasturi.
5. Gaul sebati, dan sedia untuk dihidangkan.


Carikanlah teman yang sesuai untuk duduk segandingan dengan Sambal Belacan Buah Terap @ Tarap di meja makan...... heheeeee!

4 ulasan:

  1. kecur liur nengok sambal buah tarap tu kak... dana selalu bayangkan mcmne lah rasanya tuh...
    rupanya mcm cempedak apakah rasanya sama... mmg tak dpt lah nk jumpa org jual kt sini...

    mcm best je mkn biji nya tuh, rasa mcm mkn biji cempedak gk ke kak?

    BalasPadam
  2. Macam cempedak erk. Tak pernah tgk pun...tapi pernah dgr nama buah ni.

    BalasPadam
  3. Tak tahu pulak buah tarap ni boleh masuk dengan sambal belacan, perkongsian menarik

    BalasPadam
  4. First time tengok buah tarap ni... teringin nak tahu apa rasanya. Sekali tengok macam buah cempedak.

    BalasPadam