Pages

Sabtu, 15 Jun 2019

Aidil Fitri 2019

Farid sudah terbang, kembali ke kampusnya di UTP.
Yang ditinggalkan hanyalah wangian mawar yang dibelinya sebelum menjelang hari raya untuk menambah aroma lebih nyaman di ruang tamu.
Begitu juga Fuad, awal satu jam terbvang mendahului Farid dari Airport Tawau ke Johor, meneruskan perjalanan darat hingga ke UTHM.
Tinggallah Fairuz dan Firdaus, kami suami isteri di LD menghitung waktu, menunggu cuti semester Farid an Fuaf.
Jom cerita tentang sambutan hari raya.
Aidil Fitri 2019 ini kami sekeluarga memilih warna kuning diraja untuk menyambutnya bersama keluarga sebelah Encik Suami di LD.

Waduh!
Silau mata!



Bergambar kenangan di pagi Syawal bersama sanak saudara yang sempat ditemui di rumah adik ipar. Di sinilah keluarga Encik Suami akan berkumpul di pagi raya setiap tahun setelah pemergian MIL & FIL.

 Ambil gambar kenangan mana yang dapat sahaja. Bukan mudah untuk menyusun atur...hiks!



Sudah tentunya anak-anak yang berasa sangat gembira! Dapat bertemu sepupu sepapat, dapat pula duit raya!

 Bukan sahaja anak-anak kecil, yang dah besar bujang pun seronok beratur nak dapat duit raya!

Dalam kita bergembira di hari raya, sudah pasti ada yang berduka. Di sebelah kiri Amie, isteri anak buah kelihatan sayu wajahnya. Dia baru kehilangan anak kecilnya yang masih bayi, dan pada hari tersebut  genap 7 hari pemergian anak yang disayanginya. Di kanan Amie pula, anak buah juga yang telah kehilangan ibunda tercinta, iaitu kakak ipar Amie pada akhir Februari lepas dan ketika ini sudah 102 hari pemergiannya. Moga roh kedua-duanya (Nenda dan cucunda) tenang berada di salah sebuah taman-taman syurga Allah. In shaa Allah.

Terpikat dengan warna merah kuning!
Bendera negeriku!

 Mari kita bergambar dengan baju raya warna merah kuning!

 Baju kuning, keluarga kecil Amie, bersama keluarga adik ipar berbaju merah.




 Sempat menziarahi pusara keluarga terdekat yang telah menemui-Nya


Di sebalik wajah ceria Huda dan Ummi, nun di sana kesedihan terpancar pada wajah Nanang dan Azwa serta Ayen.

Bersabarlah di atas dugaan Allah ini Nanang.

Hannan Aira Hannani sedang menunggumu dik di pintu syurga! Ujian Allah ini sangat sakit, tapi dik, kau sudah punya saham akhirat. Bertabahlah.
Azwa, in shaa Allah akan bertemu lagi dengan arwah mama di syurga Allah!
Sebenarnya selepas 3 bulan pemergian kakak ipar (ibu Azwa), menyusul pula cucunya yang belum pun berusia 40 hari. Apa tidak sedihnya, hari ini genap 7 hari Hannan Aira Hannani pergi meninggalkan ibu dan ayahnya.


Ayah Hannan Aira Hannani sempat membersihkan beberapa buah pusara keluarga di situ. Teringat 7 hari lepas, ketika arwah anakandanya dikebumikan, anak buah kami ini pengsan di tepi kuburan.

Moga Pak Muaz dan Mak Muaz redha dengan ujian ini.



Kami beraya di rumah keluarga terdekat, dan seperti biasa hidangan wajib yang disediakan termasuklah buras dan sate.


 Sate ayam dan sate rusa!


 Bujang-bujang bergaya di hari raya.


Bujang yang satu ini memang tak boleh jauh dari Mommy!

 Sambung raya di rumah kakak ipar.



 Mencari warna kuning merah!

 Simpan gambar-gambar buat kenangan anak cucu.




 Sekian, cerita merah kuning di hari raya!

Seronok sangat beraya sampai Firdaus akhirnya tertidur keletihan!
Jumpa lagi.

2 ulasan:

  1. Kira beraya di perantauan lah ye kak tahun nie, tak balik raya Selangor tapi semangat merah kuning tu tetap ya....

    BalasPadam