Dua hari lepas beli sebiji jantung pisang saba. Pisang saba di sini dikenali juga dengan nama pisang nipah, pisang abu atau pisang kepuk di Malaya. Kelmarin, sambil menyiapkan begedil kentang, sambil-sambil juga menggoreng bunga jantung pisang. Firdaus pula rajin 'mengacau' di dapur tolong menggentel begedil kentang, jadi cepatlah siap kerja goreng-menggoreng bunga jantung pisang.
Biasanya pelbagai campuran tepung dan bahan lain diadun menjadi satu untuk menyalut atau celup bunga jantung pisang. Terpulanglah ikut cara masing-masing untuk memenuhi selera. Yang penting hasil gorengan menjadi dan habis dinikmati.
Jom kita lihat proses seterusnya di bawah ini.
Amie gunakan bunga jantung pisang dari 4 kelopak sahaja.
Inilah rupa bunga jantung pisang yang telah dileraikan dari ketiak kelopak jantung pisang yang hendak digoreng itu.
Jangan lupa buang 2 bahagian dalam jejari bunga jantung pisang seperti yang ditunjukkan di atas.
Inilah bahagian yang dimaksudkan itu, gelembung seperti perut yang terdapat pada jejari bunga jantung pisang.
Dan satu lagi ialah benang tebal dengan putik dihujungnya. Kena buang juga dengan cara menarik keluar dari jejari bunga jantung pisang tadi.
Jejari jantung pisang yang sudah sedia untuk diolah. Bilas dahulu dan toskan.
Untuk menggorengnya, Amie hanya gunakan Campuran Tepung Goreng Rangup Serbaguna jenama Bestari yang pedas. Sebenarnya hanya ini sahaja tepung campuran yang tinggal, yang selalu digunakan untuk goreng ayam. Sangat mudahkan? tak perlu telur, hanya bancuh dengan sedikit air dan gaul pada bunga jantung pisang sahaja.
Amie gunakan 2 sudu besar tepung campuran tersebut dengan 3 sudu besar air dan kemudian gaul bersama bunga jantung pisang. Ketepikan selama 30 minit.
Gambar di atas, bunga jantung pisang setelah diperap selama 30 minit.
Kemudian taburkan tepung serbaguna tadi ke atas bunga jantung pisang. Sebenarnya kalau goreng ayam kenalah lumur satu persatu ke dalam tepung, tapi kalau bunga jantung pisang ini nak dibuat satu-persatu, memang tak siaplah sampai ke malam...hiks! Jadi Amie taburkan sahaja.
Kemudian terbalikkan, dan taburkan lagi tepung serbaguna secukupnya.
Biarkan seketika, antara 2-3 minit.
Bolehlah goreng dikuali.
Bila sudah kelihatan kuning keemasan, bolehlah angkat dan toskan.
Inilah hasilnya gorengan yang bunga jantung pisang yang pertama.
Dan ini pula, hasil kesemua gorengan bunga jantung pisang dari 4 kelopak.
Ada pun kisah selanjutnya, bunga jantung pisang ini tidak panjang umurnya kerana habis diratah oleh Firdaus seorang!
Nampak sedap Dan rangup Tu amor..
BalasPadamNanti CH nak cubalah..
tak pernah cuba lagi ni..tqvm
BalasPadamBenang filamen Tu pahit ke?
BalasPadamMacam sedap jerr
BalasPadamHi , I nak share Resepi Pisang Goreng Rangup Sedap Dan Mudah.
BalasPadamSource and citation: http://resepipisanggorengrangup.blogspot.com/
Bunga pisang lain tak blh ke
BalasPadam