Assalamualaikum buat semua pengunjung setia Amie's Little Kitchen, dan juga buat pengunjung yang tersesat masuk dapur yang tidak sepertinya ini...hehehhee! Maklumlah bulan puasa ramai pula tetamu yang menjenguk. Carilah apa yang patut. Cubalah apa-apa resepi yang rasanya menggamit selera!
Nampaknya petang ini Amie sempat siapkan juadah berbuka puasa lebih awal. Apa tidaknya! Masa satu menu saja...hiks!
Balik kerja, memang terbongkang seketika dalam bilik, konon tidurkan Firdaus! Padahal, sengaja melelapkan mata sama. Jadi, sempatlah mimpi, dapat ilham nak masak apa. Teringat ada daging rusa. Teringat ada sedikit beras bario. Rempah-rempah, daun sup dan daun bawang. Baiklah masak bubur lambuk!
Tapi ada beberapa bahan yang tidak ada.
Terus angkat telefon, mesej Encik Suami.
Tolong beli santan kelapa.
Beli Maggi Cukup Rasa.
Oh...ya! Lada putih tinggal beberapa butir.
Tulis mesej lagi : Beli lada putih.
Tengah sibuk potong bawang, halia dan lain-lain di dapur, Encik Suami pun sampai. Diletakkan barang-barang yang dibeli di atas meja.
Katanya:
- Nak masak apa?
+ Bubur lambuk.
- Ini barang-barang yang dipesan tadi.
- Ini ada kuih.
- Ini jus buah untuk Mommy.
- Bla..blaa... blaaaa...
+ Boleh tolong ambilkan daun pandan? (potong cakap).
- Boleh
Huurrmmm.... nak keluar ke belakang rumah ambil daun pandan pun tunggu Encik Suami pulang. Memang ngada-ngada betul!
Wokeh!
Ada beberapa minit lagi untuk berbuka puasa.
Fairuz seperti biasa akan melaksanakan tugasnya menyediakan air minuman. Terdengar lagi kelentang-kelentung seperti kelmarin dan kelmarin dulu. Entah air apa pula yang disediakannya untuk petang ini.
Jom kita lihat resepi Bubur Lambuk Daging Rusa di bawah ini. Amie copy paste dari entri berbuka puasa tahun lepas : BUBUR LAMBUK
Amie gunakan beras bario. Beras terakhir dalam simpanan sebelum pergi 'menuai' lagi di Kundasang.
2 cawan beras - bilas dan toskan
500 gram hirisan daging rusa
300 ml santan pekat
3 helai daun pandan - disiat dan simpul
2 sudu besar minyak sapi
3 sudu besar minyak masak
air secukupnya
garam / gula / perasa pilihan - Amie gunakan Maggi Cukup Rasa
Bahan kisar:
2 cm halia
3 ulas bawang putih
5 biji bawang merah
2 sudu besar udang kering - rendam hingga lembut
Bahan penumis:
1 labu bawang besar
1 batang kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
3 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga
Bahan rempah:
1 sudu kecil serbuk jintan manis
1 sudu kecil serbuk jintan putih
1 sudu kecil serbuk ketumbar
1 sudu lada putih - tumbuk
1 sudu kecil lada hitam - tumbuk
Cara:
1. Panaskan minyak sapi bersama minyak masak.
2. Tumis bahan penumis hingga wangi, dan kemudian masukkan bahan kisar. Kacau rata.
3. Kemudian masukkan bahan rempah serta daun pandan dan seterusnya masukkan daging rusa. Tambahkan air secukupnya dan biarkan mendidih.
4. Masukkan beras dan perlahankan api. Biarkan beras menjadi lembut dan hancur dan daging rusa empuk. Jika beras belum pecah, dan bubur mula mengering, tambahkan air panas.
5. Akhir sekali tuangkan santan pekat, garam / gula / perasa pilihan secukupnya.
6. Apabila bubur mula mendidih sekali lagi, padamkan api dapur.
7. Bubur Lambuk sedia untuk dihidang panas dengan taburan bawang goreng, daun sup dan daun bawang.
1. Panaskan minyak sapi bersama minyak masak.
2. Tumis bahan penumis hingga wangi, dan kemudian masukkan bahan kisar. Kacau rata.
3. Kemudian masukkan bahan rempah serta daun pandan dan seterusnya masukkan daging rusa. Tambahkan air secukupnya dan biarkan mendidih.
4. Masukkan beras dan perlahankan api. Biarkan beras menjadi lembut dan hancur dan daging rusa empuk. Jika beras belum pecah, dan bubur mula mengering, tambahkan air panas.
5. Akhir sekali tuangkan santan pekat, garam / gula / perasa pilihan secukupnya.
6. Apabila bubur mula mendidih sekali lagi, padamkan api dapur.
7. Bubur Lambuk sedia untuk dihidang panas dengan taburan bawang goreng, daun sup dan daun bawang.
Dalam resepi lepas Amie tak bubuh jagung, tapi untuk hari ini Amie masukkan satu tin jagung....jagung krim, tapi masih ada biji-biji jagungnya juga. Saja jew tambah, untuk jadikan bubur lambuk lebih lemak berkrim...ahaks!
Sementara menunggu bubuk lambuk masak, Amie sediakan bawang goreng. Daun sup tinggal batanglah pulak, jadi Amie potong-potong dan masukkan sekali dalam bubur yang sedang mendidih. Yang banyaknya, daun bawang pula!
Bila bubur sudah masak, jangan lupa masukkan segenggam bawang goreng dan daun sup atau daun bawang. Kacau sekali dua dan tutup kuali / periuk. Padamkan api dapur. Jangan renih lagi. Nanti terbit minyaklah pula bubur lambuk tu...hiks!
Ya Allah!
Aromanya!
Aromanya!
Puasa wei!
Heheheee.... banyak hasilnya Bubur Lambuk Daging Rusa ini. Nanti selepas waktu tarawih, adalah tu yang berkunjung ke dapur buka tutup periuk!
Heheheee.... banyak hasilnya Bubur Lambuk Daging Rusa ini. Nanti selepas waktu tarawih, adalah tu yang berkunjung ke dapur buka tutup periuk!
Kuih-kuih yang Encik Suami beli di bazar Ramadan.
Jom, bersungkai kita.
Orang Sabah bilang buka puasa itu 'sungkai'!
waduh kak, rare nih bubur lambuk daging rusa hehehe... tp nmpak nyum2 sgt
BalasPadammasak bubur ni kena rajin ni, heheh, lama menunggu
BalasPadamNorhidana,
BalasPadamhehehee... kiranya dagng rusa itulah 'kambing', itulah 'lembu'.
Zulfadly,
rajin menunggu ye, sambil masak bubur boleh buat benda lain di dapur, masak bubur siaplah juga yang lain, jimat masa kan.
Bubur lambuk fevret sayaaaa. Boleh menangis gembira rasa kalau dapat makan bubur lambuk yummyyyyy!
BalasPadam