Pages

Selasa, 23 April 2019

Ikan Masak Taucu

Ikan masak taucu memang sedap!
Kalau makan nasi lauk ikan masak begini, jangan ganggu dengan lauk lain!
Masakan taucu sudah cukup lengkap segala dengan rasa!

Tengahari tadi, pulang dari memberi ceramah teknik menjawab SPM  di salah sebuah daerah LD di sanun, melewati gerai-gerai jualan sayur dan ikan. Tertarik dengan seekor ikan alu-alu warna kuning, tapi tak dijual potong. Kena beli seekor! Ada dua ekor ikan alu-alu sebenarnya. Seekor saiz agak kecil, alu-alu putih namanya. Seekor lagi saiz agak besar, alu-alu kuning yang katanya lebih sedap berbanding alu-alu putih. Di mulutnya masih tersangkut tali pancing!
Akhirnya, keputusan diambil sebulat hati, beli saja alu-alu kuning yang beratnya melebihi 3 kg. Minta tolong penjual ikan bersihkan dan potong-potong ikan alu-alu kuning tersebut.

Inilah hasilnya seekor ikan alu-alu kuning, berat melebihi 3kg dan sudah siap dibersihkan, dipotong-potong agak tebal. Sepanjang perjalanan pulang memang sudah membayangkan, akan masak ikan alu-alu kuning ini. Masak apa? Sedapnya kalau masak tumis singgang, dan tambahkan sahaja beberapa biji cili padi dan campakkan sayur sawi!
Itu sekadar imaginasi!
Sampai rumah lain pula kejadiannya bila terpandang taucu hihihiiiii!
Tiba-tiba terbayang pula betapa enaknya makan nasi putih panas-panas, tambah dengan kuah taucu...huk hukkkss!!!

Jom kita lihat resepi ikan alu-alu kuning masak taucu seperti di bawah ini. Amie masak 3 keping sahaja sebab hirisan ikan alu-alu ini tebal sungguh!

Bahan-bahan:
3 kepingan ikan alu-alu - lumurkan dengan sedikit garam dan serbuk kunyit - ketepikan
3 sudu besar taucu manis
1 sudu kecil pati asam jawa bancuh dengan 1 cawan air
garam / gula / perasa pilihan
minyak

Bahan hiris:
3 ulas bawang putih
3 biji bawang merah
1 labu bawang besar
2 cm halia
2 biji cili hijau
2 biji cili merah

Tebalkan potongan ikan alau-alu ini? Kenalah goreng dengan minyak yang banyak, dan api jangan terlalu kuat, takut nanti garing di luar tetapi isi di dalam masih berdarah!

Cara memasak:
1. Panaskan minyak dan goreng ikan alu-alu  hingga masak.
2. Angkat dan toskan.

3. Tinggalkan 4 sudu besar minyak bekas gorengan ikan tadi di dalam kuali.
4. Goreng bawang putih, bawang merah, halia dan bawang besar hingga harum dan layu.
5. Kemudian masukkan hirisan cili hijau dan cili merah diikuti dengan taucu.

6. Kacau rata, dan tuangkan air bancuhan pati asam jawa, gula dan garam / perasa pilihan. Taucu walaupun jenis manis tapi rasanya masih tetap masin, jadi kurangkanlah penggunaan garam sebab ikan yang dgoreng pun sudah berlumur dengan garam juga. Jika sukakan kuah taucu lebih, bolehlah tambahkan air.

7. Masukkan ikan goreng dan gaul bersama kuah taucu di dalam kuali.
8. Padamkan api dapur.

Jom makan!
Menjilat jari nih....sodap!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan