Pages

Rabu, 13 Mac 2019

Resepi Nasi Daging Yang Sedap!

Assalamualaikum dan selamat petang.
Jemput makan Nasi Daging.
Siapa tak sudi, memang rugi sebab rasanya sangat sedap....ahaks!

Seperti biasa Nasi Daging ini Amie temankan dengan Air Asam Tomato, tapi ada lauk bonus tau! Apa dia lauk bonus tu? 
Taraaaa.....
Dalca Tulang....hehehehee!

Berbaloi-baloi rasanya setelah bertungkus-lumus masak, akhirnya terhidangkan hasil air tangan yang sungguh enak. Ikutkan rasa memang nak makan berulang kali....hiks!
Jomlah kita lihat resepinya yang panjang berjela di bawah ini. 

Bahan-bahan:
500 gram beras Basmathi - cuci dan toskan.
500 gram daging - terpulang untuk pilih mana-mana bahagian daging
3 helai daun limau purut
150ml susu cair
2 liter air - untuk merebus daging 

Bahan tumis:
4 sudu besar minyak sapi
2 sudu besar marjerin
3 ulas bawang putih - mayang halus
3 biji bawang merah - mayang halus
3 cm halia - mayang halus
2 biji tomato - cincang
2 keping kiub pati ayam
3 cm kulit kayu manis
3 kuntum bunga lawang
3 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga
1 sudu teh serbuk jintan manis
2 sudu besar serbuk kari
2 sudu besar serbuk kurma
2 helai daun pandan
2 batang serai - diketuk

Cara memasak:
1. Rebus daging dengan menggunakan 2 liter air selama 1 jam.
2. Keluarkan daging rebus dan hiris-hiris nipis. 
2. Panaskan minyak sapi berserta marjerin. Tumis semua bahan yang dimayang bersama serai, rempah 5 sekawan termasuk  jintan manis, kulit kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih dan kayu pelaga hingga naik bau.
3. Masukkan tomato dan gaul rata.
4. Masukkan rempah kari bersama rempah kurma dan juga kiub ayam. Tambah sedikit air jika terlalu kering.
5. Masukkan bahan tumisan ke dalam periuk rebusan daging yang sedang mendidih perlahan tadi.
6. Masukkan hirisan daging, 150 ml susu cair dan 300ml air rebusan daging ke dalam kuali.
7. Masukkan beras dan gaul rata hingga beras kembang dan mengering.
8. Pindahkan nasi tadi ke dalam periuk pengukus. Jangan lupa masukkan daun pandan. Kukus nasi antara 15-20 minit.

P/S : Kalau tak mahu kukus, boleh masak seperti biasa di dalam rice cooker. 


Nasi Daging sudah siap.
Mari kita lihat resepi Dalca Tulang pula di bawah ini.
Resepi Dalca Tulang ini Amie dapat dari ibu mertua adik bongsu Amie, Che Jah. Terima kasih Che Jah, moga sihat selalu.

 Bahan-bahan:
1/2 kg daging
1/2 kg tulang
2 biji terung bulat - belah 4
3 biji kentang - belah 4
1 batang lobak merah - potong bulat
5 batang kacang panjang - potong 2 cm
4 sudu besar serbuk rempah kari daging
1 cawan kacang dhal 
200 ml santan
2 pelepah daun kari - lurutkan
2 biji cili merah - potong 2
sehelai dun pandan
minyak sapi / marjerin / mentega
garam / gula / perasa pilihan

Bahan tumbuk halus / kisar:
1 sudu kecil jintan manis
1 sudu kecil jintan putih
1 batang kulit kayu manis
3 biji buah pelaga
3 kuntum bunga cengkih
1 inci halia
3 biji bawang putih 
3 biji bawang merah atau  1 biji bawang besar

Cara:
1. Rebus daging dan tulang bersama rempah kari sehingga lembut.
2. Sementara menunggu daging lembut, rendam kacang dhal selama 1 jam dan rebus hingga empuk.
3. Setelah daging empuk, masukkan kacang dhal, kentang, lobak merah dan terung dan kacang panjang.
4. Masukkan santan setelah kentang empuk.
5. Dalam kuali lain, panaskan sedikit minyak sapi / marjerin / mentega.
6. Tumis semua bahan tumbuk sehingga kering dan kemudian masukkan daun kari.
7. Masukkan bahan tumisan tadi ke dalam periuk daging.
8. Gaul sebati, masukkan cili merah, daun pandan dan perasakan dengan garam / gula / perasa pilihan.

Dan resepi terakhir yang Amie kongsikan kali ini, sudah tentunya Air Asam Tomato yang sememangnya sedap hingga meninggalkan aroma di jari hihiiii!

Bahan untuk air asam:
7 biji cili padi
1.5cm belacan
1/2 labu bawang besar - mayang nipis
1 biji lada merah - mayang
1 biji tomato - cincang
1 sudu kecil pati asam jawa - bancuh dengan 30ml air masak
2 biji limau kasturi - ambil jusnya
secubit garam & gula

Cara:
Tumbuk cili padi hingga lumat bersama belacan. Masukkan bancuhan air asam jawa, tomato cincang, bawang besar, dan lada merah. Jika kurang rasa asam, bolehlah perahkan jus limau kasturi. Jangan lupa bubuh secubit garam dan sedikit gula.

5 ulasan:

  1. nasib baik akak masak nasi beriani hari ni, kalau tidak tentu kempunan tengok nasi daging Amie.

    Bila-bila nanti nak cuba nasi daging Amie ni. Nampak menarik dengan bahan2 yang digunakan.

    Pssss.. Air asam tu sama dengan akak punya !

    BalasPadam
  2. Untuk rasa yang lebih enak, tambah sedikit kerisik dalam air asam!

    BalasPadam
  3. dana tgk sekali imbas je resepi akak tu, sbb tahu mmg tak kan mampu masak heheheh
    maklum la , dana ni jenis yg suka shortcut je klu resepi susah ni heheheh

    teringat penah beli ns daging kt membe opis yg org kedah, dia jual... teringat2 kesedapan nasi daging ngn air asam tuh

    BalasPadam
  4. Air yg balance rebus daging + bahan tumisan td tue masukkan ke dlm nasi dan kukus ke?

    BalasPadam
  5. Ya, baki air rebusan tu masak dengan nasi.

    BalasPadam