Pages

Selasa, 22 Januari 2019

Sedapnya Ayam Masak Ungkep dengan Kencur!

Masakan yang sangat mudah ini mampu menggoda selera! Untuk menikmatinya, tidak perlu cari lauk lain...hiks! Kali ini Amie tambahkan kencur, tapi kalau tak suka aroma kencur, tak perlulah bubuh. Anak-anak sukakan lauk Ayam Masak Ungkep dengan Kencur ini. Menambah-nambah nasi, dan habis licin semua kuahnya!
Alhamdulillah.
Mudah-mudahan selepas ini kencur yang tumbuh subur dalam pasu tayar akan digunakan semaksimanya!

Bahan-bahan:
1 kg daging ayam bahagian peha - jadikan 6 potongan
2 batang serai - dititik
2 helai daun kencur - hiris halus
1 sudu kecil pati asam jawa - bancuh dengan 1/2 cawan air
3 cawan air
garam dan gula melaka / perasa pilihan secukupnya
1/2 cawan minyak
 
Bahan tumbuk / kisar:
3 ketul isi kencur
5 ulas bawang putih
10 biji bawang merah 
3 sudu besar ketumbar biji
1 sudu besar jintan manis
1 sudu kecil jintan putih
4 biji buah keras
3 cm kunyit hidup
3 cm halia
20 biji cili padi

Cara memasak:
1. Panaskan minyak. Tumis semua bahan kisar sehingga terbit minyak.
2. Masukkan bancuhan air pati asam jawa dan biarkan hingga mendidih. Kemudian masukkan  serai, dan daging ayam dan kemudian gaul rata hingga ayam kelihatan layu atau berubah warna.
3. Tambahkan air, garam, gula atau perasa pilihan.                                           
4. Tutup kuali rapat-rapat. Gunakan api sederhana panas.
5. Kacau sekali-sekala untuk memastikan daging ayam tidak hangus kekeringan.
6. Apabila kuah hampir kering (jika suka kuahnya, tak perlu masak sampai kering) dan ayam empuk, matikan api.
7. Hidangkan dengan menaburkan hirisan daun kencur di atasnya.

Selamat mencuba.

4 ulasan:

  1. salam kak, family saya pun suka masakan ungkep ni.Tapi tak pernah lagi saya masak ungkep dengan kencur.Macm sedap pulak nengoknya:)

    BalasPadam
  2. oh boleh campur dengan kencur ya....mesti aroma kencur tu lagi kuat dan menambahkan rasa.

    BalasPadam
  3. sedapnya kak... tp nama jenis org malas... selallu tumbuk je bahan2 ungkep tu, kih3

    BalasPadam
  4. Cik Matahariku,
    bubuh sikit jew kencur tu.

    Notie,
    ikut citarasa, masakan Jawa memang sinonim dengan kencur, selain tempe hheeeeehehe

    Norhidana,
    orang rajinlah tu kalau tumbuk bahannya, masakan asli tu hihihiii.

    BalasPadam