Pages

Khamis, 29 November 2018

Sup Tulang Kaki Lembu

Selamat pagi semua.
Dah sarapan ke?
Sepi pula pagi ini. Encik Suami sudah keluar seawal pukul 6 pagi bersama Fairuz. Fairuz akan menduduki kertas Sains dan pulang tengahari nanti. 
Nampaknya pagi masih terlalu awal untuk alas perut, jadi Amie kongsikan dahulu antara resepi yang masih berderet menanti giliran untuk diterbitkan. Pagi ini Amie kongsikan resepi Sup Tulang Kaki Lembu.

 Sup Tulang Kaki Lembu ini juga sangat sedap dijadikan pencecah roti!

Ada pelbagai cara untuk menyediakan sup tulang. Untuk mempercepatkan supaya dagingnya segera empuk, boleh gunakan pressure cooker. Amie masak cara biasa, gunakan api perlahan sehinggalah daging  menjadi empuk. Sebelum itu Amie rebus dahulu tulang lembu sehingga mendidih dan biarkan lebih kurang 10 minit sebelum membuang air rebusan, dan merebusnya sekali lagi menggunakan air baru. Dengan cara ini, lemak-lemak dapat dibuang atau dikurangkan. Cara lain, kalau rajin menunggu, rebus sehingga daging empuk, dan biarkan sehingga sejuk Kemudian buangkan lelemak yang timbul dipermukaannya. Ada juga yang rajin, dengan menggunakan ais untuk 'menangkap lelemak tersebut. Apa pun caranya, terpulanglah mengikut kegemaran masing-masing.

Jom kita lihat resepi Sup Tulang Kaki Lembu yang sangat sedap ini.

Bahan-bahan:
1 kg tulang kaki lembu - bersihkan - rebus sehingga mendidih selama 10 minit - buangkan airnya - rebus sekali lagi menggunakan air baru sehingga daging empuk - asingkan tulang dan air rebusan (gunakan air secukupnya - sebanyak yang dikehendaki)
3 biji kentang - kupas kulit - belah 2
1   1/2 sudu besar serbuk rempah sup
1 batang kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
3 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga
1 sudu kecil lada putih - tumbuk
3 sudu besar minyak
garam / gula / perasa pilihan secukupnya

Bahan hiris:
1 labu bawang besar
3 ulas bawang putih
5 biji bawang merah
2 cm halia

Bahan lain:
hirisan daun sup
bawang goreng

Hirisan bawang merah, bawang putih dan halia kena timbus hirisan bawang besar.

 Rempah 4 sekawan jangan dilupa. Kalau tak mahu lada putih, boleh gunakan lada hitam.

 Serbuk rempah sup ini Amie gunakan 1  1/2 sudu besar sahaja.

 Dan bahan tambahan iaitu kentang.

1. Panaskan minyak dan tumis bawang besar bersama bawang putih dan bawang merah sehingga layu.
2. Kemudian masukkan rempah 4 sekawan. Kacau sekali dua dan biarkan sehingga terbit aroma.

3. Masukkan serbuk rempah sup dan gaul rata. Tambahkan air rebusan tulang dan lada putih. Biarkan sehingga mendidih.
4. Seterusnya masukkan kentang dan tulang kaki lembu. Masak sehingga kentang empuk.
5. Perasakan dengan garam / gula / perasa pilihan secukupnya.

6. Untuk mendapatkan aroma yang lebih lazat, masukkan hirisan daun sup dan bawang goreng ke dalam masakan. Kacau sekali dua dan kemudian padamkan api dapur.

Sup Tulang Kaki Lembu sedia untuk dihidangkan.

 Jemput makan!

4 ulasan:

  1. Terima kasih Amie, wah rajinnya buat resepi detail, sungguh mengiurkan betul sup ni, nampak betul2 sedap. Kena cuba lah sebab sebelum ini buat biasa je utk sup...rupanya kena guna rempah sup juga kan baru terbit aroma kelainan. Terima kasih amie. Keep in touch selalu.

    BalasPadam
  2. Salam kenal kak Amie,
    Pagi begini terpandang sup tulang alahai berkeroncong perut..
    Terima kasih sudi kongsi resepi, boleh LZ jadikan sebagai panduan..

    BalasPadam
  3. Julia,
    sama-sama kasih sudi singgah dapur kita,
    macam-macam resepi nak buat sup, cuma kena tanya selera nak yang mana hihihiii.

    LZ,
    salam kenal juga, dan sama-sama kasih sudi singgah sini.

    BalasPadam
  4. Salam nak tnya klau lps masak tp sup nya masih berbau hamis mcm mana nak buat ye.. 😢😢

    BalasPadam