Bertemu lagi.
Alhamdulillah. Perut sudah diisi.
Bolehlah meneruskan rutin harian, mengemas mana yang patut dan seterusnya menyediakan hidangan tengahari untuk keluarga kecil kami. Pagi ini kami bersarapan Nasi Goreng Udang dengan Petai. Makan berdua sahaja dengan Firdaus. Firdaus memang suka makan nasi goreng. Apalagi kalau ada rasa pedas-pedas sedikit. Menambah-nambahlah nasi goreng dalam pinggannya, kecuali udang dan petai....hiks!
3 cawan nasi putih sejuk
10 ekor udang - buang kulit dan kepala - belah belakang dan keluarkan uratnya
10 mata petai - hiris
1 labu bawang besar - cincang
3 sudu besar minyak
garam / perasa pilihan
Bahan kisar:
7 tangkai cili kering
3 ulas bawang putih
3 biji bawang merah
1/2 sudu kecil belacan
Cara:
1. Panaskan minyak dan goreng bawang besar hingga kuning keemasan.
2. Masukkan bahan kisar. Tumis dengan api perlahan sehingga pecah minyak.
3. Seterusnya masukkan udang dan masak sehingga udang berubah warna.
4. Masukkan nasi bersama petai. Gaul rata.
5. Perasakan dengan garam / perasa pilihan.
6. Kacau sekali dua.
7. Padamkan api dapur.
Jemput sarapan pagi!
As Salam Amie, wah nasi goreng tu nampak begitu menyelerakan.....
BalasPadamHazila,
BalasPadamwaalaikumussalam.
Jemput sarapan sama.
Wahh.macam2 menu nasi grg ya amie..semuanya sedap2..
BalasPadam