Pages

Selasa, 20 November 2018

Mee Hoon Goreng dengan Daging

Menyantuni Umat Membawa Rahmat.
Itulah tema Maulidur Rasul 2018.
Marilah terus mensyukuri nikmat dan anugerah insan teragung Baginda Nabi Muhammad S.A.W pembawa sinar kegemilangan agama suci di dunia ini. Mudah-mudahan hidup kita sentiasa dalam keberkatan-Nya dengan mengamalkan segala ajaran yang mulia berlandaskan al-Quran dan Hadis.
In shaa Allah.
Sarapan apa pagi ini?
Encik Suami di awal pagi hari sudah menyuarakan keinginannya untuk bersarapan dengan mee hoon goreng. Alhamdulillah, dapat juga Amie sediakan walaupun ketika hendak mengisar cili kering, tiba-tiba bekalan elektrik terputus. Maka isteri nan solehah ini pun menggunakan lesung untuk menumbuk cili kering....hiks! Solehah sangatlah tu dengan mengambil masa lebih sepuluh minit untuk melumatkan cili kering! Sebaik sahaja cili kering selesai ditumbuk, tiba-tiba ada pula bekalan elektrik! Huurrrmmm...ingatkan sudah cukup lumat cili kering yang ditumbuk, rupanya bila lihat gambar di bawah ini, ada cebisan cili kering tak lumat...ngeeee!

Bahan-bahan:
1 bungkus mee hoon - rendam dengan air sejuk sehingga kembang - toskan
200 gram daging lembu - hiris nipis
4 kuntum cendawan kering shiitake - rendam hingga lembut dan hiris nipis
1 labu bawang besar - cincang
1 sudu besar sos tiram
3 sudu besar minyak
garam / gula / perasa pilihan

Bahan tumbuk / kisar:
10 tangkai cili kering
3 ulas bawang putih
3 biji bawang merah

Cara:
1. Panaskan minyak. Tumis bawang besar cincang bersama bahan tumbuk hingga layu kekuningan. 
2. Masukkan daging dan cendawan shiitake. Kacau rata.
3. Setelah daging empuk, masukkan mee hoon, diikuti dengan sos tiram.
5. Gaul sebati, dan kemudian perasakan dengan garam / gula / perasa pilihan.
6. Padamkan api dapur.

Selain Mee Hoon Goreng dengan Daging, Amie hidangkan juga sup jagung. Alhamdulillah, cuti umum sebegini kami dapat bersarapan bersama anak-anak.

Jemput!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan