Pernah dengar tentang tehek-tehek @ tehe'-tehe'?
Kalau belum pernah dengar, mari kita berkenalan dengan hidupan laut dari keluarga landak laut yang banyak membiak di perairan laut pantai timur Sabah ini.
Terlebih dahulu Amie ucapkan jutaan terima kasih buat Puan Hajjah Al Maidah dan Puan Hajjah Sitti Jaliha kerana sudi berkongsi info serta pengalaman mereka sebagai peribumi Sabah berketurunan Bajau mengenai tehek-tehek ini. Menurut Hajjah Sitti Jaliha, sewaktu kecilnya memang beliau sering bersama keluarga (ayahandanya seorang nelayan) ke pulau mencari tehek-tehek di celah-celah batu karang, dan di situ jugalah mereka membersihkannya dan memasak serta memakannya. Kedengaran bagai sebuah perkelahan keluarga yang sungguh menyeronokkan! Namun begitu, menurut Puan Hajjah Sitti Jaliha lagi, tehek-tehek semakin hari semakin berkurangan disebabkan masalah pencemaran laut.
Kata Puan Hajjah Al Maidah, ia dipanggil tehek-tehek sebelum diolah menjadi makanan. Tehek-tehek dibersihkan terlebih dahulu dengan mengeluarkan isinya. Isi tehek-tehek boleh dimasak tumis, (Info dari Puan Hajjah Siti Armah). Kulit / sarung tehek-tehek tadi diisi dengan beras biasa atau beras pulut, ditambah perasa seperti garam, kemudian ditutup dengan daun pandan. Beras yang terkandung di dalam kulit tehek-tehek tadi dimasak (rebus menggunakan air dan ada yang menggunakan santan) di dalam periuk dan ia dipanggil okok-okok apabila telah masak.
Rupa bentuk kulit tehek-tehek.
Nampak unik dan menarik.
Inilah okok-okok.
Ada yang memanggilnya Nasi Himpit Tehek-Tehek dan Ketupat Laut!
Kalau anda tidak sabar untuk memakannya, boleh pecahkan saja kulit tehek-tehek untuk makan okok-okok. Tapi kalau anda ingin melihat kecantikannya, bolehlah buka atau pecahkan dengan cermat seperti di bawah ini.
Adakah anda dapat tambah info melalui paparan ini?
Semoga paparan berkaitan makanan tradisi masyarakat Bajau ini dapat menambah ilmu pengetahuan kita bersama.
# Rasa geli hati juga bila rakan-rakan FB bertanya, adakah tehek-tehek sejenis buah? Dan paling lucu rakan sekerja (duduk sebelah meja) bertanya, adakah itu sebiji kek? Katanya, rajin sungguh orang yang buat kek ini. Sudahlah diukir, disusunnya lagi kacang-kacang!
Allahu Akbar!
llah Maha Kaya Lagu Maha Pencipta!
Terima kasih dan jumpa lagi.
Tak pernah jumpa benda ni.
BalasPadamTq info
pertama kali tengok. maksudnya, dia hiduan laut la kan?
BalasPadamAs salam Kak Amie...benda ni menakutkan. Rasanya sedap ke kak?
BalasPadamcantiknya...
BalasPadamBanyak ilmu bila baca blog puan...
BalasPadamWarisan Petani,
BalasPadamni dah jumpa di sini, hehehee...kita kongsi info.
den dyen,
ye, hidupan laut, dicelah batu karang yang berpasie.
Nasya,
ikut selera masing-masing.
Mencari kebahagiaan,
BalasPadamye, pada mulanya rasa sayang nak ketuk bagi pecah.
Rencah Kehidupan,
Terima kasih sudi singgah sini.
Pertama kali tenguk dan tahu namanya. keratif sungguh orang yang mencipta masakannya.
BalasPadam