Di mana kita boleh temui makanan atau masakan tradisional kaum-kaum tertentu?
Mungkin di majlis kenduri-kendara atau majlis kahwin.
Mungkin semasa sambutan perayaan tertentu seperti hari raya, atau juga boleh mendapatkannya di gerai-gerai jualan.
Dan barangkali makanan tradisional ini muncul ketika diadakan pertandingan memasak makanan tradisional!
Untuk perkongsian kali ini, Amie paparkan sebahagian hasil dapatan masakan tradisional masyarakat Bugis dari majlis pernikahan anak buah sebelah Encik Suami. Isteri adik Encik Suami berketurunan Bugis. Sempena majlis pernikahan anak sulung mereka, keluarga sebelah isterinya (dari Sandakan dan Lahad Datu) yang mengurus sepenuhnya majlis jamuan makan. Jadi, di kesempatan ini dapatlah Amie melihat-lihat dengan lebih dekat hasil masakan dari air tangan mereka. Memandangkan majlis pernikahan diadakan pada hari Khamis, tidaklah dapat Amie melihat sepenuhnya proses penyediaan makanan, maklumlah kita bekerja pada waktu itu. Menjelang petang, beberapa minit sebelum majlis pernikahan bermula, barulah sempat menjejakkan kaki ke kampung.
Salah satu hidangan wajib ialah perkedel jagung. Patutlah sebelum itu Amie ternampak guni berisi jagung di dapur. Rupanya jagung tersebut digunakan untuk tujuan ini. Tak tahulah berapa kali adunan dibuat, tetapi setiap kali perkedel jagung dikeluarkan dari dapur, ia masih panas!
Anak buah kami ini bertemu jodoh dengan jejaka berketurunan Bugis juga. Jadi, sewaktu bertandang ke rumah pengantin lelaki, salah satu hidangan lauk-pauk juga terdiri daripada perkedel, yang juga dihidangkan panas!
Perkedel jagung ini memang sedap!
Jadi, ratah-ratah sahaja, ketepikan nasi....hiks!
Firdaus pun hanya meratah perkedel jagung!
Tak mahu yang lain.
Seperti kebiasaannya, memang sanggarak balanda (tallemek) tidak akan ketinggalan!
Lebihan pisang raja untuk dibuat sanggarak balanda!
Antara lauk-pauk yang dihidangkan termasuklah ayam, sambal tempe, sup ayam, ikan masak sos, dan daging masak kicap. Amie diberitahu, masakan yang disediakan merupakan masakan biasa dan bukannya lauk-pauk tradisional.
Sambal goreng tempe terkenal dalam masakan Jawa, tetapi nampaknya tempe memang sudah merentas budaya. Tempe diterima sebagai salah satu makanan dalam hidangan pelbagai kaum.
Selain lauk-pauk yang dinyatakan di atas, sayur labu masak lemak turut dihidangkan.
Kerabu pucuk paku pun ada!
Dan lagi.... ikan kering penambah selera!
Nampaknya terdapat pelbagai lauk-pauk dari bahan laut hinggalah ke darat!
Ini sahajalah yang sempat Amie rakam. Semasa majlis persandingan pula, pada hari Sabtu Amie sekali lagi hadir lewat kerana terpaksa ke sekolah mengikuti aktiviti kokurikulum. Tak sempatlah nak rakam masakan seterusnya.
Oh! Hampir terlupa.
Asyik melihat lauk-pauk, rupanya ada pelbagai manisan yang disediakan untuk tetamu. Hidangan ini disajikan di dalam bekas berkaki yang dipanggil bosara' dan penutupnya dipanggil pattongko'. Jom kita buka, apa ada di sebalik pattongko' ini.
Antara manisan yang dihidangkan.
Ada sanggara balanda (tallemek).
Katirisala.
Di rumah pengantin lelaki juga dihidangkan manisan yang sama.
Antaranya termasuklah bahulu pecak.
Sanggarak balanda memang wajib ada!
Yang ini Amie tidak tahu namanya. Tanya kawan-kawan keturunan Bugis pun , mereka tidak pasti. Manisan ini mempunya tiga lapisan. Lapisan pertama seakan-akan putih telur, dan lapisan kedua berupa agar-agar serta lapisan ketiga seperti rasa gula merah.
Tentulah sedap!
Rasa gula merahnya tidak begitu manis! Cukup rasa.
Sayang, tak tahu nama dessert ini.
Begitu juga yang berwarna merah jambu di atas....hiks!
Macam-macam hidangan pencuci mulut @ pembuka mulut yang ada.
Selepas menikmati manisan, kami dijemput untuk menjamu selera dengan hidangan yang lebih berat berupa nasi dan lauk-pauk.
Lauk-pauknya sama seperti yang biasa kita nikmati di majlis-majlis kahwin, tetapi istimewanya tidak ketinggalan perkedel jagung!
Jadi, meratah pergedil jagung sajalah, tolak nasi sekali lagi.
Sepanjang majlis kahwin anak buah, dua sahaja makanan yang Amie ulang-ulang ratah : Perkedel jagung dan sambal goreng suhun.
Nota:
Perkongsian ini barangkali tidak begitu sempurna (disebabkan sumber agak terhad), namun sedikit sebanyak diharapkan dapat menambah info tentang budaya hidup masyarakat Bugis.
ala...nampak menyelerakan.. teringin nak makan masakan bugis..
BalasPadamden dyen,
BalasPadamboleh cari
wah bergedel jagung sedapnya.... sambal goreng sohon...emmm yum yum yum
BalasPadamsaya tak pernah lagi merasa masakan tradisi bugis :D
BalasPadam