Pages

Khamis, 25 Oktober 2018

Siput Sedut Masak Lemak Cili Padi dengan Daun Kaduk dan Rebung Madu

Assalamualaikum.
Jemput makan tengahari berlaukkan Siput Sedut Masak Lemak Cili Padi dengan Daun Kaduk dan Rebung Madu!
Hah! Punyalah panjang nama resipi!


Bahan-bahan:
2 kg siput sedut - potong ekor siput dan cuci bersih
300 gram rebung madu - potong ikut suka
secekak pucuk kaduk (15 batang)1 keping asam gelugur 
1 liter santan dari sebiji kelapa
2 batang serai - ketuk 
garam / gula /  perasa pilihan secukupnya

Bahan tumbuk:
3 ulas bawang putih
5 biji bawang merah
30 biji cili padi kampung
3 cm kunyit hidup

Cara:
1. Celur rebung madu hingga lembut. Toskan airnya.
2. Dalam sebuah periuk, masukkan santan, bahan tumbuk, rebung madu, serai, siput sedut, garam / gula /  perasa pilihan.
3. Kacau sekali sekala sehingga kuah mendidih.
4. Masukkan daun kaduk. 4. Setelah daun kaduk layu, padamkan api dapur.

Jom sedut siput....sluuurrrppp!!!!

Kalau nak rasa lebih sedap, jangan makan nasi...hiks! Sedut saja semangkuk siput, pasti ingin menambah semangkuk lagi!

Jangan risau!
Banyak lagi dalam periuk!



4 ulasan:

  1. Assalamualaikum k. amie..
    Memang sedap siput belitung tu tmbh pulak buat msk lemak mcm tu. . ratah² 1 mangkuk.. crut crettt. tmbh 1 mangkuk mkn dgn nasi pulak hahaa

    BalasPadam
  2. Macam berjanji pulak kita k.Amie ye...Tapi sy masak lemak pucuk ubi + daun kaduk & tempe. Alhamdulillah kenyang :D

    BalasPadam
  3. Sedapnya lama dah tak makan siput sedut ni nak kena cari jugak ni nak sedut sedut

    BalasPadam
  4. Lina,
    waalaikumussalam.
    ha haaaaa..betul tu, mangkuk kedua baru makan dengan nasi.

    Puan Hazel,
    alhamdulillah... sedap tu.

    Kak Nooriah,
    sedut kak, jangan tak sedut hihihiiiii

    BalasPadam