Pages

Isnin, 8 Oktober 2018

Sikaporo

Salam sayang buat semua.
Pertemuan kita pada kali ini Amie hidangkan Sikaporo.
Apa itu Sikaporo?
Sikaporo ialah sejenis pencuci mulut yang terkenal dalam kalangan masyarakat Bugis. Biasanya Sikaporo dihidangkan ketika majlis perkahwinan dan kenduri-kendara yang lain. Sikaporo terdiri daripada 2 lapisan iaitu lapisan kuning di bahagian atas, dan hijau di bahagian bawah. Mengikut resepi tradisinya, bahagian atas yang berwarna kuning merupakan adunan bersama kuning telur, dan bahagian bawahnya pula adunan putih telur dengar jus pandan. Bagaimanapun, barangkali mengikut peredaran masa pewarna pula yang mengambil tempat warna dari kuning telur dan hijau pandan.
Sikaporo yang Amie kongsikan ini bukanlah hasil air tangan Amie. Amie sekadar berkongsi kepelbagaian jenis pencuci mulut atau kuih-muih tradisional. Terima kasih buat Cikgu Darwisah kerana sudi  tolong 'order' Sikaporo seperti di bawah ini.

Suatu ketika dahulu, Amie pernah makan Sikaporo, dan rasanya sangat manis! Kemudian Amie dengar dari kawan-kawan dari suku kaum Bugis juga, yang mengatakan Sikaporo memang manis. Sangat manis!

Inilah rupa Sikaporo. 
Barangkali kalau kuning telur dan jus pandan mengambil tempatnya, warna lebih pucat menawan.
Rasanya?
Bagaimana rasanya?
Manis sangatkah?

Alhamdulillah.
Rasanya sedap!
Tidaklah begitu manis seperti yang pernah Amie makan suatu ketika dahulu.
Mungkin sudah diubahsuai sukatan gulanya mengikut selera semasa.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan