Selamat berhujung minggu buat semua pengunjung setia Amie's Little Kitchen.
Dah sarapan ke belum?
Kalau belum, jemput sarapan nasi lemak di dapur Amie.
Kita nikmati sepinggan nasi lemak dengan secawan teh kosong kurang manis.
Seperti biasa, nasi lemak ini Amie kukus. Amie hidangkan bersama sambal udang, dan juga sambal ikan tongkol. Sebagai pelengkap hidangan, Amie tambahkan hirisan timun, kacang tanah dan bilis goreng serta telur rebus.
Banyak kali Amie kongsikan resepi nasi lemak....hiks! Boleh klik di sini untuk lebih lanjut: NASI LEMAK ANEKA PILIHAN
Amie kongsikan sekali lagi cara masak nasi lemak dalam kukusan. Ikut cara biasa, masak dalam rice cooker pun boleh, yang penting nasi lemak masak dan boleh dinikmati.
Bahan-bahan:
6 cawan beras wangi - cuci dan toskan
600ml santan (terpulang pekat atau cair - kalau pekat hasilnya lebih berlemak)
3 cm halia - hiris
3 biji bawang putih - hiris
2 kuntum bunga lawang
5 cm kulit kayu manis
sehelai daun pandan (disiat-siat dan disimpul)
sedikit garam
Cara memasak:
1. Didihkan air dalam periuk pengukus.
2. Didihkan santan di dalam kuali bersama halia, bawang putih, bunga lawang, kayu manis dan daun pandan.
3. Masukkan beras dan sedikit garam. Kacau sekali - sekala sehingga beras kembang dan santan kering.
4. Masukkan beras tadi ke dalam periuk pengukus.
5. Kukus 20-25 minit atau sehingga nasi benar-benar masak.
Untuk sambal nasi lemak pula, Amie gunakan udang kertas, dan sambal udang ini Amie ambil sebahagiannya untuk dijadikan sambal ikan tongkol (ambil sambal yang diperlukan sebelum masukkan udang dalam kuali).
Bahan-bahan:
1 kg udang kertas - buang kulit dan belah bahagian belakang- tarik keluar uratnya1/2 cawan minyak
1 sudu kecil pati asam jawa
1 labu bawang besar - mayang kasar
garam / gula melaka / perasa pilihan secukupnya
Bahan kisar:
25 biji cili kering wonder hot - buang biji
5 ulas bawang putih
15 biji bawang merah
1 cm halia muda
1 batang serai - ambil isinya yang putih dan hiris
2 sudu makan udang kering - rendam hingga lembut
Cara:
1. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar hingga pecah minyak. Gunakan api panas sederhana.
2. Masukkan pati asam jawa, gula melaka parut, dan garam secukupnya. Gaul hingga mesra.
3. Masukkan isi udang kertas bersama bawang besar.
4. Masak sehingga udang masak, dan bawang besar layu serta kuah menjadi pekat.
5. Padamkan api dapur.
Wokey!
Tak boleh berlama-lama di dapur sebab Amie kena bertugas di Sekolah Menengah Sains sempena Perkhemahan Pengakap daerah Lahad Datu selama 3 hari, JOTA JOTI - Jamboree On the Air & On the Internet. Esok dirasmikan oleh Pengarah Pendidikan Sabah.
as salam kak amie, rindu kat akak, suka tengok blog akak yang sentiasa berkongsi resepi2 sedap. Moga terus maju jaya kak
BalasPadamAju,
BalasPadamwaalaikumussalam.... rindunya!
Marilah kembali berblogging.