Pages

Jumaat, 19 Oktober 2018

Kerabu Rumpai Laut Yang Sangat Sedap!

Ada yang terliur tak melihat Kerabu Rumpai Laut di bawah ini?
Aduhai.... 
Dah cukup masa membiarkannya sebati selama 15 minit!
Jomlah buat kerabu rumpai laut.
Lepas tu kita ratah-ratah saja.

Amie pernah kongsikan resepi Kerabu Rumpai Laut DI SINI. Kali ini Amie kongsikan resepi yang sama, tetapi ada sedikit ubah suai bahan yang digunakan.

Bahan-bahan:
80 gram rumpai laut kering - rendam semalaman atau sehari semalam - cuci bersih dan toskan airnya - potong ikut saiz kegemaran
1/2 cawan perahan limau kasturi
3 sudu besar gula pasir
1 sudu teh garam

Bahan hiris / cincang :
2 biji mangga muda
2 biji tomato merah 
1 tangkai daun kesum

Bahan tumbuk / kisar:
1/2 cawan udang kering - rendam hingga lembut (boleh gantikan dengan belacan)
1 biji cili merah - buang biji
7 biji cili padi

 
Cara:
1. Gaul kesemua bahan di atas.
2. Biarkan selama 15 minit.
3. Sedia untuk dihidangkan.

Bismillah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan