Pages

Ahad, 28 Oktober 2018

Asam Rebus Ikan Pari

Asam Rebus Ikan Pari, salah sau menu menyihatkan. Ringkas dan mudah. Rasanya pun sungguh menyelerakan. Paparan resepi kali ini hanya menggunakan bahan yang ada di dapur sahaja.



Bahan-bahan:
800 gram ikan pari - potong ikut suka
4 biji tomato hijau - belah dua
1 labu bawang besar - mayang kasar
7 biji cili padi
2 keping asam gelugur
2 batang serai - diketuk
1 sudu kecil serbuk kunyit 
800 ml air
garam / perasa pilihan 

Bahan kisar:
4 biji cili merah
2 ulas bawang putih
3 biji bawang merah 
1/2  sudu kecil belacan 

Cara:
1. Didihkan air bersama bahan kisar dan serai.
2. Setelah mendidih masukkan asam keping, bawang besar, serbuk kunyit, ikan pari, cili padi dan tomato hijau.
3. Masak di antara 5 hingga 7 minit.
4. Setelah ikan pari masak, perasakan dengan garam / perasa pilihan.
5. Hidangkan panas.

Cukuplah makan nasi dengan lauk Asam Rebus Ikan Pari saja.

Tak perlu cari lauk yang lain.
Bismillah.

2 ulasan:

  1. Terliur tengok asam pedass tu Mie memang sedap makan nasik dgn asam pedas saja takyah lauk lain lagi

    BalasPadam
  2. Kak Nooriah,
    jemput kak....memang sedap ni, jangan cari lauk lain nanti kurang serinya hihiiii.

    BalasPadam