Pages

Ahad, 9 September 2018

Warung Udang Galah Pasir Penambang

Sebelum terbang pulang pada pagi Rabu 5 September, sebelah malamnya Kak Aton sempat bawa kami jalan-jalan di pasar malam Kuala Selangor. Alhamdulillah, dapatlah belikan Bonda beberapa jenis ikan. Kemudian Kak Aton bawa kami makan Nasi Goreng Udang Galah. Tempatnya agak tersorok ke dalam, dan berdekatan dengan sungai. Apabila Amie kongsikan di FB ramai pula yang bertanya di mana lokasi sebenar Warung Udang Galah itu, walaupun mereka tinggal di sekitar Kuala Selangor dan Mukim Jeram. Kak Aton kata, beritahu saja Warung Udang Galah Pasir Penambang letaknya di belakang Apps Hotel!
Sementara menunggu pesanan siap terhidang, kami jalan-jalan dulu di tepi jeti. Suasana malam, memang tak nampak dengan jelas apa yang ada di situ. 
Nampaknya kami tidak perlu menunggu lama sebab dalam masa beberapa minit hidangan sudah tersedia di atas meja.

 Kak Aton dan Amie pesan Nasi Goreng Udang Galah. Farid minta Nasi Goreng Sotong.

 Hidangan nasi goreng ini dilengkapi dengan semangkuk kecil sup dan sos.
Harganya pun memang mampu milik : RM9.00 (atau RMM9.90 sen... kalau tak silap).

Nampaknya warung ini banyak mendapat liputan dari pelbagai media. Cuma mungkin kedudukannya yang agak tersorok, jadi orang ramai sukar untuk melihat / mencari.

 Setiap pesanan Nasi Goreng Udang Galah, dibubuh 3 ekor udang galah goreng berempah!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan