Perjalanan yang agak panjang dengan kesesakan lalu lintas pada petang Ahad 2 September lalu, membuatkan Amie terpejam celik sekejap tertidur sekejap terjaga! Parit Raja bersama Fuad telah jauh ditinggalkan. Dan entah kali ke berapa Kak Aton berhentikan kereta untuk hilangkan rasa mengantuk, atau singgah qada' hajat. Ada sekali, entah R&R mana kami berhenti. Terpisat-pisat mata kita terjaga dari tidur. Menurut Kak Aton, R&R Ayer Keroh.
Seronok melihat barangan jualan di sini. Macam-macam ada tapi tentulah harganya agak mahal sedikit berbanding di tempat biasa. Kebanyakan makanan ringan dan tradisional yang dijual di sini kami sudah membelinya di Ayer Hitam.
Sementara menunggu Abang Farid selesai solat jamak di surau, sempat pusing-pusing seketika mengambil gambar di sini.
Belacan!
Memang elok benarlah singgah di sini untuk beli oleh-oleh.
Amie beli gula melaka comel di sini.
Untuk kurangkan rasa mengantuk, bolehlah beli kekacang di sini. Sambil memandu, sambil mengunyah. Hiks!
Banyak sungguh belacan di sini. Baunya pun terkurung (tidak keluar aroma dari bekasnya.)
Buah-buahan pun ada pelbagai jenis.
Melaka bukan sahaja terkenal dengan asam pedasnya tetapi
Melaka juga terkenal dengan belacannya!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan