Jom tambah koleksi ikan!
Kita tambah pengetahuan tentang jenis-jenis ikan di perairan sebelah timur Sabah.
Kita teroka pula hasil laut dari Semporna. Boleh klik: Jalan-Jalan Cari Ikan di Semporna. Kebanyakan jenis ikan di Semporna juga terdapat di perairan lain seperti di Kunak dan Lahad Datu. Amie hanya kongsikan spesies yang jarang ditemui di Lahad Datu.
Ini Ikan Taring Pelanduk atau Ikan Taring Pelanduk Belang Enam.
Dan Amie juga kongsikan beberapa jenis ikan dari keluarga belais, atau dengkis. Nampak seakan sama tetapi sebenarnya tidak serupa dari segi warna. Encik Suami memang tak boleh melihat ikan belais! Kalau boleh, semuanya nak diborong! Teringat sewaktu MIL masih ada. Memang puaslah kami temani MIL memborong ikan belais di Pasar LD untuk dibuat brengkes ketika menjelang musim kenduri sebelum tibanya Ramadhan.
Nampak bezanya kan?
Ikan belais atau dengkis ini juga dikenali dengan nama ikan capok.
Ada yang mempunyai jalur di kepala, dan ada yang berbintik kuning oren seperti gambar di bawah.
Di pasar (jeti Semporna) ikan ini pun dijual mengikut spesies atau keluarganya! kalau diperhatikan betul-betul memang ada perbezaannya!
Gambar atas dan bawah ini juga kelompok Ikan Capok.
Nampak macam sama, tapi ada beza dari segi warna dan bentuknya juga.
Biasanya kami jumpa ikan basung @ selayang saiz kecil, tapi kali ini jumpa saiz besar pula.
Dan jumpa juga beberapa jenis keluarga ketarap atau bayan. Sebelum ini sudah kongsi pelbagai warna. Jadi kali ini kongsi yang ini pula.
Dijadikannya setiap spesies ikan itu dengan pelbagai keadaan, bentuk dan warna.
Moga bermanfaat untuk anda yang ingin mengetahui hasil laut yang sangat luas tidak terjangkau oleh mata dan fikiran. Maha Suci Allah yang menjadikan langit dan bumi serta segala isinya.
Assalamualaikum kak amie...
BalasPadamYa Allah kalau tgk ikan² dr Sabah mmg segar bugar sungguh. teringat masa shopping ikan kat Pasar KK.. gigih angkut bw balik mai Penang.. kalau boleh semua pun nak borong.. tp dah limit 5kg...insofff...kena catu serba siket heheee
Lina,
BalasPadamwaalaikumussalam.
Ye, kalau rajin jalan2 di sini memang akan jumpa ikan segar.