Pages

Selasa, 7 Ogos 2018

Musim Buah Belum Tiba


Musim buah belum tiba?
Di Malaya kelihatannya selain raja buah, buah-buahan lain sudah mula memenuhi gerai!

Di LD, walaupun raja buah sudah mula kelihatan, namun buah-buahan lain belum begitu rancak muncul di khalayak. 
Petang tadi, bersama Encik Suami singgah di sebuah gerai tepi jalan.
Meramahkan diri bertanya kepada si penjual, rupa-rupanya buah-buahan yang dijual (tidak banyak, tidak menimbun dan tidak berlambak) datangya dari Sungai Nyamuk! 
Sungai Nyamuk?
Sungai Nyamuk ini letaknya di Sebatik Timur, Kabupaten Nunukan, Kalimantan Timur!

Pisang!
Memang sentiasa ada, tanpa had, tanpa musim. Di mana-mana pasti bergantungan menanti pembeli memilih dan membawanya pulang. Dan tidak didatangkan dari daerah lain, selain dari LD juga.

 Ha... buah terap ini barulah dari Sungai Nyamuk.

 Beberapa tahun sebelum ini, kalau nak makan terap tunggu saja buah itu masak, sebab di kebun FIL memang ada pokoknya. Sayang sekali sudah tidak terjaga sejak MIL dan FIL tiada. Masih terbayang buah terap yang cantik warnanya, dan bulat-bulat besar bentuknya!

 Langsat pun ada. Didatangkan dari Sungai Nyamuk juga!

 Cempedak pun dari Sungai Nyamuk!

 Durian pun dari Sungai Nyamuk!

Kami beli sekilogram langsat dan dua biji buah terap. Jom makan buah terap edisi Sungai Nyamuk pula!

4 ulasan:

  1. aah rasanya sekarang musim buah. kemain meriah orang jual buah sekarang

    BalasPadam
  2. Di JDT musim durian dah penghujung.
    Buah2an lain masih banyak

    BalasPadam
  3. Pokok Buah tarap macamana pokoknya. Adakah sama macam pokok Nangka.

    BalasPadam
  4. Aisyah,
    bestkan kalau musim buah, lagi best kalau ada dusun buah he he heee.

    Warisan Petani,
    alhamdulillah.... rezeki Allah.

    Notie,
    saya rasa macam pokok sukun, kalau tak silap (saya lihat pokok terap di kebun mertua)

    BalasPadam