Seronok sangat rasanya bila anak buah hantar mesej, ikan sudah sampai ke LD! Maknanya ikan segarlah itu. Maka, kami pun tak sabar untuk sampai ke kedainya, memilih dan membeli. Dan terlebih seronok sebab anak buah tolong bersihkan ikan yang dibeli.
Jom tengok ikan-ikan yang baru datang dari Semporna, dan kita berkenalan dengan ikan-ikan itu.
Jom berkenalan dengan ikan dari pantai timur Sabah. Ini namanya ikan lausu. Amie suka goreng saja ikan ini. Atau kalau rajin, masak sambal. Masak cara kukus pun sodap! Apalagi terhidang panas berwap di atas meja makan!
Nampaknya ada ikan lain yang bercampur dengan ikan lausu. Entah apa namanya!
Ini pula ikan ketambak @ kutambak, dan katanya dari spesies ikan batu. Ikan ini pun sedap digoreng, masak sambal atau masak loho' (masakan tradisi masyarakat Bajau). Loho' lebih kurang masak singgang, kalau ikut cara kita.
Ikan ketambak ada dua warna, merah dan sedikit kelabu.
Walaupun dalam bekas ikan batu, tapi terselit juga ikan kaci!
Macam-macam ikan!
Ikan pisang?
Kita pun tak tahu apa nama ikan yang menyelit di atas tu....hiks!
Ini ikan belais.
Ada yang kata belais tembaga.
Ketam pun ada.
Ikan Belais.
Ada banyak jenis belais, dan Amie pun tak tahu namanya. Menyelit di bawah belais warna kelabu, ada belais warna kuning saiz kecil sedikit tapi rasanya pun sedap!
Ada banyak jenis belais, dan Amie pun tak tahu namanya. Menyelit di bawah belais warna kelabu, ada belais warna kuning saiz kecil sedikit tapi rasanya pun sedap!
Ikan campur-campur : Kutambak, belais, kerapu dan lain-lain.
Pelbagai jenis kerapu : Kerapu harimau, kerapu tikus dan terselit-selit juga kerapu bara.
Seronok pula belajar mengenali jenis-jenis ikan. Walaupun tak tahu nama, tapi lama-kelamaan banyak juga yang boleh dikongsi. Yang terselit di belakang ikan belais di atas itu ialah iakan bayan. MIL sebut ikan kakak tua.
Sekian dulu.
Mudah-mudahan bertambah maju perniagaan ikan segar anak buah Amie.
Lain kali kita cerita lagi kalau ada ikan baru yang belum dikenali.
wahhhh segarnya ikan tu. semua ikan ikan tu saya takpernah nampak. thanks share. by the way, saya first time datang sini dan terus follow sini sebab suka dengan cara awak menulis. kalau sudi meh lah singgah blog saya hehe. saya followers ke 1317
BalasPadamwah...banyaknya jenis ikan.. yang ikan kat semenanjung pun tak kenai habis, ni tengok ikan kat sana, terlopong sat, hihi
BalasPadamwah banyak jenis ikan saya belajar hari ni. Bestnya tenguk ikan segar-segar.
BalasPadamikan2 semuanya fresh..terbaik lah gambar menarik
BalasPadamAisyah,
BalasPadamterima kasih sudi singgah. In shaa Allah, ada masa nanti kunjung balas ke rumah Aisyah ye.
Den,
he he heee... saya pun tak kenal juga ikan di sini, tapi nak juga berkenal-kenalan.
Notie,
Ikan segar memang menggamit selera...goreng begitu saja pun sedap!
Etuza,
terima kasih.