Pages

Jumaat, 6 Julai 2018

Sambal Tempoyak Ikan Bilis dengan Petai

Salah satu lauk hidangan tengahari kami sebentar tadi ialah Sambal Tempoyak Ikan Bilis dengan Petai. Tak payah membebel panjang sebab peminat tempoyak mesti sudah pernah masak sambal begini.

Amie gunakan cili padi hijau dan merah, dan rasanya lebih warna merah dari warna hijau! Jumlahnya pula dalam 40-50 biji! Terpulanglah nak lebih pedas atau kurang pedas, tapi Amie lebih suka rasa yang lebih pedas.
Resipi : Sambal Tempoyak Ikan Bilis dengan Petai
Bahan-bahan:
1 cawan isi petai yang sudah dihiris
1 cawan ikan bilis
1 cawan tempoyak
1 labu bawang besar - mayang kasar
1 helai daun kunyit - siat dan simpul
1 cawan air
1/2 cawan minyak
garam / gula / perasa pilihan

Bahan tumbuk / kisar:
40-50 biji cili padi
3 ulas bawang putih
7 biji bawang merah
1 cm kunyit hidup

Cara memasak:
1. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar dengan api sederhana hingga pecah minyak.
2. Kemudian masukkan tempoyak dan gaul rata. Tambahkan air.
3. Masukkan ikan bilis, petai, bawang besar dan daun kunyit.
4. Perasakan dengan garam / gula / perasa pilihan.
5. Kalau suka sambal pekat, masak lebih lama sedikit. Kalau suka yang agak berkuah, bolehlah padamkan api dapur .

 Sedap tak?
Walaaaaa.....

Teringat-ingat petai mata besar yang tergantung-gantung di tepi jalan dalam perjalanan balik dari Cameron Higlands dua minggu lepas.

 Balik LD, dapat juga beli petai mata besar tergantung di tepi jalan.
Maka, jadilah Sambal Tempoyak Ikan Bilis dengan Petai pada hari ini.
 

2 ulasan: