Selamat berhujung minggu.
Awal pagi tadi Encik Suami sudah keluar.
Amie ajak ke pasar, katanya tak sempat.
Pukul 9 pagi tadi, pulang semula ke rumah dan kemudian keluar lagi.
Fuad masih meneruskan tidurnya.
Perjalanan sehari semalam dari Labuan ke Lahad Datu sudah tentu sangat meletihkan. Dari Labuan menaiki feri ke Menumbok, dari Menumbok ke Kota Kinabalu pula. Dan petang kelmarin, pukul 6:30 petang baru tiba dari Menumbok ke Kota Kinabalu dengan menaiki bas. Kemudian berkejar ke stesyen bas Inanam untuk menaiki bas pada pukul 8 malam ke Lahad Datu. Pukul 3:30 pagi, Encik Suami mengambilnya di Stesyen Bas, Fajar.
Tamatlah sudah sesi pembelajarannya di Kolej Matrikulasi Labuan.
Tamatlah sudah sesi pembelajarannya di Kolej Matrikulasi Labuan.
Fuad akan bercuti selama lebih kurang 3-4 bulan sementara menanti keputusan dari UPU. Mudah-mudahan namanya tersenarai sebagai salah seorang bakal siswa.
Sarapan untuk Fuad sudah sejuk!
Orangnya masih tidur kelelahan!
Terpandang beg kecil di atas meja!
Inilah barangkali hadiah yang diberikan oleh pensyarahnya beberapa minggu lalu.
Fuad kirim gambar tersebut melalui whatsaap keluarga.
Nampak sayang sungguh Fuad dengan pemberian ini, dan dipegangnya beg kecil tersebut sepanjang perjalanan sehari semalam dari Labuan ke Lahad Datu!
Mommy buka hadiah itu ye Fuad.
Hadiah kenangan dari Sir Faiz, katanya.
Nampaknya hadiah Fuad berupa dompet dan tali pinggang jenama John Langford.
Selain itu, Sir Faiz turut menghadiahkan sebotol minyak wangi.
Patutlah suka sangat Fuad dengan hadiah tersebut. Rupanya Sir Faiz memang bijak memilih 'sesuatu' yang memang sesuai dengan remaja seperti Fuad. Terima kasih Sir Faiz.
Kelibat Fuad di belakang Amie sebentar tadi, seperti menuju ke dapur. Mungkin mencari sarapan pagi. Pesan Fuad semasa berada di Labuan, minta Amie masak ikan untuknya. Dah jemu hari-hari makan ayam, katanya. Mommy cubalah masak ikan hari ini dik. Sepatutnya pagi ini Mommy cari bahan segar di pasar bersama Baba untuk masakan tengahari kita, tapi Baba agak sibuk dengan urusannya. Nanti Mommy masak apa yang ada ye dik.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan