Pages

Selasa, 7 November 2017

Sepetang di Kota Padang


Banyak perkara berkaitan sosiobudaya, sejarah dan perkembangan dunia Sumatera Barat yang Pak Herman kongsikan sepanjang kami berada di bumi ini. Kebanyakan pemimpin tersohor dan ahli bijak pandai Indonesia juga lahir di sini. 
Pak Herman, salah seorang menteri di negara kami iaitu Dato' Seri Utama Dr Rais Yatim, bekas Menteri Luar Negara Malaysia dan bekas Menteri Kebudayaan, Kesenian dan Warisan juga lahir daripada pasangan Mohamamad Yatim @ Jatim bin Tahir gelar Pandeka Takue dari Palupuh, Agam, Sumatera Barat dan ibunya Siandam dari Kampung Sipisang, Palupuh, Agam.

Ada lagi perkara menarik yang Pak Herman kongsikan bersama kami. Umpamanya tentang tatacara golongan perempuan membonceng motosikal. Lihat seperti dalam gambar di atas, nampak sopan cara duduknya. Kalau di Acheh, katanya sudah dikuatkuasakan undang-undang saman akan dikenakan ke atas pembonceng wanita jika duduk seperti lelaki!
Dan sebelum Amie lupa, ketika kami melepasi Kelok 44, Pak Herman sempat bercerita tentang budaya hidup masyarakat Minang, bahawasanya setelah anak-anak lelaki mencapai usia akil baligh, mereka akan ke masjid untuk menunaikan solat Maghrib, dan terus berada di sana sehingga selesai solat Subuh. Ini bermaksud anak-anak lelaki akan tidur di masjid. 
Adakah bilik di rumah tidak mencukupi bilangannya untuk memisahkan anak lelaki dengan anak perempuan?
Ada. Bilik cukup.
Sehingga bila Pak? 
Sampai waktu menikah!
Ooooo.
Petikan dari novel Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck:
Bila hari telah malam, dia pergi tidur di surau, bersama-sama dengan lain-lain anak muda, kerana demikian menurut adat. Semalam itu, Zainuddin dikerumuni oleh mimpi-mimpi yang indah.

Sempat tangkap gambar Monumen Polisi Wanita, yang sebelum ini Pak Herman sebut tentang penubuhan anggota polis wanita di Sumatera.

Dan satu lagi, sebuah masjid terbesar di Sumatera Barat dengan mengekalkan tradisi bumbung bagonjong.

Nampak cantik dengan warna kuning keemasan pada ukiran di bahagian bumbungnya yang melengkung itu.

Menurut Pak Herman, masjid ini boleh memuatkan seramai 20,000 jemaah dalam satu masa!

Berhenti seketika di tepi pantai untuk bergambar di pantai Padang, The gateway of the Indian Ocean Rim Association.

Tu dia... Malaysia negaraku nan tercinta!

Huurrmmm... selepas bika api neraka, terjumpa pula dengan ayam neraka! 
Serta-merta kami teringat Rawon Setan di Surabaya!

Hotel Bunda, tempat penginapan kami pada malam terakhir.

Alhamdulillah, al-Quran dan sejadah turut disediakan. Di Hotel Primadini juga disediakan sejadah.

Hotel Bunda bertaraf 2 bintang ini memang cukup selesa!


Kami sempat berjalan-jalan di sekitar hotel, di pasar (sebelah petang).

Pak Herman menjadi body guard kami, tapi mohon maaf Pak Herman. Kami ini kakinya 'panjang' sehingga Pak Herman 'kehilangan' kami! Pak Herman orang terakhir tiba di lobby hotel setelah mencari kami di pasar!

Ain seronok sangat melihat bas kecil comel yang lalu lalang di tengah jalan! Wokey...naiklah Ain! Jangan sesat sudahlah!

Antara buah-buahan tempatan yang dijual di pasar.
Rasa-rasa macam teringin beli buah salak yang bersaiz besar, sebab pernah terbaca dalam blog buah salah di sini manis-manis belaka, tapi bila memikirkan perut yang sentiasa penuh, mana lagi nak letak ruang untuk buah salak!

Tengok pisang pun rasa terliur!
Mesti sedap pisang ni, walaupun tak tahu pisang apa!

Keluar masuk kedai dan gerai, akhirnya kami kembali semula ke pangkal jalan. Suasananya agak sesak kerana jalan masih digunakan untuk laluan kenderaan!

Amie dan Kamsiah beberapa kali cuba mencari jalan kembali ke hotel, tapi tak nampak pula hotel tersebut. Kawan-kawan yang lain masih sibuk 'mencari' barangan masing-masing yang mungkin belum ditemui! Akhirnya berhentilah kami di sebelah kuda!

Hai...kuda lagi! Kesian sungguh nasibmu kuda! Samalah seperti kuda di dataran Jam Gadang Bukit Tinggi! Tertutup matamu... tidakkah kau merasa terseksa? 
Sekian, kisah sepetang di Padang Amie akhiri dengan kisah kami berdua dengan Kamsiah, merenung sang kuda yang pada fikiran kami 'nakal' sangat sehingga tuannya terpaksa tutup sebahagian besar matanya!

Sesiapa yang berhasrat untuk bercuti ke Bukit Tinggi bolehlah menghubungi Pak Herman melalui FB beliau di sini : HERMANN HOLLANDE. 
Pak Herman juga boleh dihubungi melalui telefon : 62 812-6784-9399, dan WhatsApp : 62  812-6784-9399

Sila klik entri di bawah berkaitan PERCUTIAN KE BUKIT TINGGI - PADANG - SUMATERA BARAT:

1. Bercuti ke Bukit Tinggi, Padang : Lahad Datu - Tawau - Kuala Lumpur - Sumatera Barat 
2. Sarapan Pagi di Warung Soto Angkasa  
3. Air Terjun Lembah Anai  
4. Memakai Pakaian Adat di Museum Minang Village  
5. Makan Tengahari di Rumah Makan Aie Badarun  
6. Makan Malam di Rumah Makan Wong Semarang  
7. Bermalam di Hotel Primadini  
8. Shopping Kain Sulam di Bukit Tinggi  
9. Cerita Secangkir Kopi Kawa Daun & Kue-Kue Jagung Manis  
10. Lembah Harau & Kelok Sambilan (9)  
11. Makan Tengahari di Tengah Sawah  
12. Istano Basa Pagaruyung  

13. Jus Terong Peros @ Terung Belanda
14. Menghayati Keindahan Panorama Sungai Landia Sambil Menikmati Secawan Teh Halia Panas!    
15. Kelok 44 - Museum Rumah Kelahiran Buya HAMKA  
16. Danau Maninjau Yang Indah Mempesona 
17. Makan Tengahari di Rumah Makan Eni  
18. Silver Work Koto Gadang  
19. Minum Petang di Rumah Pohon Ngarai Sianok  
20. Lobang Jepang  
21. Jam Gadang Mercu Tanda Kota Bukit Tinggi  
22. Tembok Besar China ala Bukit Tinggi  
23. Oleh-Oleh Sanjai Ummi Aufa Hakim Bukit Tinggi  
24. Bika Talago Bukit Tinggi Yang Tak Dapat Dilupakan!  
25. Makan Tengahari di Lamun Ombak & Segelas Jus Pinang Muda  
26. Sepetang di Kota Padang  
27. Sate Padang KMS Saribu Baniah  
28. Berakhirnya Percutian di Bukit Tinggi : Padang - Kuala Lumpur - Tawau 


3 ulasan:

  1. Padang semakin membangun setelah di landa gempa dahulu. Kesan-kesan bangunan yang rosak telah di perbaik. Nampak cantik sekarang

    BalasPadam
  2. Adda,
    marilah jalan-jalan ke Bukit Tinggi - Padang.

    Notie,
    ooo ye ke, sebelum ini saya tidak ikuti perkembangan Sumatera Barat.

    BalasPadam