Pages

Selasa, 7 November 2017

Makan Tengah Hari di Lamun Ombak & Segelas Jus Pinang Muda

Tanpa disedari petang Rabu bersamaan 18 Oktober 2017 merupakan petang terakhir kami berada di bumi Sumatera Barat. Bermakna, ini juga merupakan kali terakhir kami berkesempatan menikmati sekali lagi masakan Padang dengan lauk berpinggan-pinggan itu!

Barangkali kekenyangan makan kue bika, atau disebabkan keletihan, tiba-tiba suasana menjadi sunyi sepi! Bila Amie toleh ke belakang memang semua rakan sedang enak dibuai mimpi! Sebenarnya mata kita pun mahu ikut sama lelap, tapi sayanglah pula dengan pemandangan kiri-kanan jalan yang pelbagai!

 Namun akhirnya, kita pun terlelaplah juga! Entah seketika atau entah berapa lama!



 Van berhenti di hadapan Rumah Makan Lamun Ombak. 

 Bersebelahan dengan Rumah Makan Lamun Ombak, tersergam indah sebuah surau atau musolla untuk kemudahan pengunjung menunaikan solat.

Seperti tiga hari sebelum ini kami mula terbiasa dengan hidangan Padang. Namun kali ini barangkali letih atau lapar, memang tak sempat nak tangkap gambar lebih-lebh. Kesian pulak kawan-kawan terpaksa menunggu kita 'tembak' lauk satu persatu! Silakan makan ye kawan-kawan! Mana-mana lauk-pauk yang sama atau sudah biasa kami makan semenjak tiga hari lepas, kami mintya tukar dengan lauk-pauk lain. Jadi tidaklah nampak tercangak-cangak seperti hari pertama kami makan di Bukit Tinggi....ahaks!

 Ini Amie tak tahu apa namanya, tapi memang sedap!

 Mungkin juga tuangkan saja kuah ke dalam pinggan nasi tanpa gunakan sudu! Hari pertama saja sibuk tanya sudu garfu, hari seterusnya dah mula pandai makan!

 Sambal ijo yang tak pernah tidak ada! Wajib ado!

Cuma inilah saja.... gulai tambunsu! Gulai usus sapi berisi telur dan tauhu yang sampai hari terakhir kami tidak dapat mencicipinya! Kan.... orang dah kata : ORANG TAMAK SELALU UNTUNG! Kenapa tak makan di Rumah Makan Aie Badarun, dan kemudian kita pun terlihat juga di Rumah Makan Eni, tapi masa tu tak mahu tukar lauk sebab semua lauk yang ada sedap-sedap belaka! Mudah-mudahan ada rezeki untuk berkunjung ke Bukit Tinggi lagi, dan pada masa itu jangan lupa gulai tembunsu nan satu ini! Ingat tu : ORANG TAK TAMAK MEMANG SELALU RUGI! Arghhhhh!

Sewaktu kawan-kawan memesan jus sirsak (jus durian belanda) dan jus lain, Amie pesan jus pinang muda. Sekali lagi minuman yang Amie pesan menimbulkan kontroversi! 
Apalah rasa jus pinang muda tu?
Mesti kelat!
Boleh telan ke?
Nanti kita tengok , bolehkah dia minum?
Huurrrmmm......nampaknya bukan jus terung saja yang jadi tanda tangan, jus pinang muda pun tidak kurang pula hebatnya!
Maka, sampailah ke hadapan Amie segelas jus pinang muda panas.
Sedutan demi sedutan.....mmmmmm.... sedap! Cubalah! Amie sorongkan gelas berisi jus pinang muda kepada Akmi.
Sedaplah! Akmi menyetujui.
Dan Akmi terus menyorongkan gelas ke arah Ain sehinggalah kesemua menyedut jus tersebut kecuali Zana!

Uwaaaaaaaa!
Kami paksa Zana minum sedikit!
Mahu tak mahu akhirnya Zana mengalah dengan mencuba sesudu kecil jus pinang muda tersebut!
Unik bukan?
Rasa pelik pun ada.
Buah pinang pun boleh dibuat jus minuman!
Padahal seumur hidup apabila melihat buah pinang muda sama ada di halaman rumah atau di kebun, dibiarkan begitu saja sampai ketua. Dah tua pun tak dibuat apa-apa. hanya sekadar memelihar pokok pinang sebagai hiasan halaman sebab cantik tumbuh berjajar.
Bagus jus pinang muda itu. Boleh memberi tenaga. Itu komen Pak Herman.


Lewat malam, di Hotel Bunda Warite membuka semula cerita jus terung dengan jus pinang muda! Katanya, ada saja yang ingin dicuba oleh si blogger ini. Betul tu. Kalau kita tak cuba mana kita tahu rasanya sedap atau tidak. Amie pula sempat bertanya Pak Google tentang jus pinang muda. Rupanya jus pinang muda ini mempunyai khasiatnya yang tersendiri dan memang terdapat jus pinang muda khas untuk menambah tenaga bagi lelaki dan wanita! Alamak! Apa ini?
Awas Mie! Nanti Firdaus tak jadi anak bongsu ha ha haaaaa! 
Wariteeeeee! nanti aku gigit lututmu! Namun usikan Warite terus membuatkan kami tertawa sampai keluar airmata!
Haaaiiippp! Kamu semua pun dah minum jus pinang muda aku!
Adeeeeedeeeeeeh!



Sesiapa yang berhasrat untuk bercuti ke Bukit Tinggi bolehlah menghubungi Pak Herman melalui FB beliau di sini : HERMANN HOLLANDE. 
Pak Herman juga boleh dihubungi melalui telefon : 62 812-6784-9399, dan WhatsApp : 62  812-6784-9399


Sila klik entri di bawah berkaitan PERCUTIAN KE BUKIT TINGGI - PADANG - SUMATERA BARAT:

1. Bercuti ke Bukit Tinggi, Padang : Lahad Datu - Tawau - Kuala Lumpur - Sumatera Barat 
2. Sarapan Pagi di Warung Soto Angkasa  
3. Air Terjun Lembah Anai  
4. Memakai Pakaian Adat di Museum Minang Village  
5. Makan Tengahari di Rumah Makan Aie Badarun  
6. Makan Malam di Rumah Makan Wong Semarang  
7. Bermalam di Hotel Primadini  
8. Shopping Kain Sulam di Bukit Tinggi  
9. Cerita Secangkir Kopi Kawa Daun & Kue-Kue Jagung Manis  
10. Lembah Harau & Kelok Sambilan (9)  
11. Makan Tengahari di Tengah Sawah  
12. Istano Basa Pagaruyung  

13. Jus Terong Peros @ Terung Belanda
14. Menghayati Keindahan Panorama Sungai Landia Sambil Menikmati Secawan Teh Halia Panas!    
15. Kelok 44 - Museum Rumah Kelahiran Buya HAMKA  
16. Danau Maninjau Yang Indah Mempesona 
17. Makan Tengahari di Rumah Makan Eni  
18. Silver Work Koto Gadang  
19. Minum Petang di Rumah Pohon Ngarai Sianok  
20. Lobang Jepang  
21. Jam Gadang Mercu Tanda Kota Bukit Tinggi  
22. Tembok Besar China ala Bukit Tinggi  
23. Oleh-Oleh Sanjai Ummi Aufa Hakim Bukit Tinggi  
24. Bika Talago Bukit Tinggi Yang Tak Dapat Dilupakan!  
25. Makan Tengahari di Lamun Ombak & Segelas Jus Pinang Muda  
26. Sepetang di Kota Padang  
27. Sate Padang KMS Saribu Baniah  
28. Berakhirnya Percutian di Bukit Tinggi : Padang - Kuala Lumpur - Tawau 

6 ulasan:

  1. sedappppnya nampak..! hehehehehee.. :)

    BalasPadam
  2. Kat sana ada macam-macam jenis jus. Dan nama pun ada macam-macam nama. Kadang namanya pelik tapi rasanya sedap. Apa pun tak salah kalau mencuba. Jus pinang muda ... baru tahu kalau pinang boleh dibuat jus.

    BalasPadam
  3. Adda,
    tak ada yang tak sedap he he heee.

    BalasPadam
  4. Ann,
    ha ha haaa....nak cuba benda=benda baru (yang tak pernah rasa)

    BalasPadam
  5. Notie,
    Jus pinang muda tu langsung tak ada rasa kelat....sedap! Kita pulak selama ini tak tahu apa gunanya nuah pinang muda!

    BalasPadam