Pages

Isnin, 13 November 2017

Pucuk Paku Tumis Pedas dengan Lokan

Kami beli isi lokan seberat 500 gram. Senang nak olah sebab sudah dibuang kulit. Sesetengah orang tidak berapa gemar makan lokan sebab rasanya yang liat.  Apa pun, kalau ada lokan Amie akan masak lama agar menjadi lembut seperti masak rendang.

Kali ini Amie masak Pucuk Paku Tumis Pedas dengan Lokan. Jadinya, lokan itu Amie temankan sama pucuk paku! Amie hanya gunakan 250 gram isi lokan dan 25 tangkai pucuk paku. Tumis pedas berapi, barulah keluar asap telinga kanan kiri waktu makan!

Bahan-bahan:
250 gram lokan
25 batang pucuk paku - potong ikut citarasa
1 labu bawang besar - hiris kasar
3 sudu besar minyak
3 cawan air
garam / gula / perasa pilihan secukupnya

Bahan kisar kasar: 
3 biji cili merah
15 biji cili padi
3 biji bawang merah
tiga ulas bawang putih
sedikit belacan

Cara memasak:
1. Panaskan minyak dan tumis bawang besar hingga wangi. (Tak payah bubuh bawang besar pun tidak apa. Amie suka bubuh sebab suka aromanya yang harum, dan rasa manis bawang besar)

 2. Masukkan bahan kisar dan tumis hingga pecah minyak menggunakan api panas sederhana.

 3. Masukkan lokan dan gaul rata. 

 4. Tambahkan air, dan tutup kuali. Biarkan lokan masak perlahan-lahan.

5. Setelah lokan lembut, masukkan pucuk paku dan tutup selama 1 - 2 minit untuk mendapatkan warna hijau yang cantik.

 6. Buka penutup kuali, dan taburkan bahan perasa. kacau beberapa kali dan padamkan api dapur.

5 ulasan:

  1. Assalamualaikum Amie. Lama Nurha tak singgah blog Amie. Sedap2 sangat resepi kat blog Amie ni..

    BalasPadam
  2. Suka letak bawang banyak2 sebab suka bawang hehehehe lokan nya besar2 nampak sedap di buat rendang.

    BalasPadam
  3. Mewag betul Lokan tu..kena selak lokan baru jumpa pucuk paku heheee...dapat yg ni dgn nasi putih panas2 mmg xperlu yang lain dah kan kak amie

    BalasPadam