Pages

Ahad, 12 November 2017

Perkedel Jagung Padang

Teringat sejenis kue jagung sewaktu berada di sini : Cerita Secangkir Kopi Kawa Daun & Kue-Kue Jagung Manis .

Kami tidak ketinggalan membeli perkedel jagung yang comel ini! Isinya lembut dan lemak manis dari rasa jagung segar! Kalau tak silap 10 ketul dijual dengan harga 5 rupiah.

Petang tadi Amie cuba untuk mengolah jagung segar menjadi perkedel jagung seperti di Bukit Tinggi, tapi rupa bentuknya tidaklah secomel hasil air tangan orang Minangkabau! Apabila Encik Suami masuk ke dapur dan makan sebiji demi sebiji ketika Amie menggoreng, sempat dia berkata:

Okeylah ni. Rasanya sedap, lembut. Boleh makan lagi tak?
Huurrmmm.... makanlah. Perkedel yang Mommy buat ni nampak jelek betul. Tak sama bentuk dengan yang kami makan di Bukit Tinggi. Ada rupa jemput-jemput, cekodok!
Memanglah, bukannya hari-hari Mommy buat. Orang yang menjual perkedel tu dah biasa goreng hari-hari, jadi bentuknya memanglah sama, ujar Encik Suami lagi.
 
Selesai menggoreng perkedel jagung, Firdaus pula datang ke dapur dan ikut makan sama, sebiji dan sebiji lagi. Encik Suami pula, hampir separuh gorengan selamat masuk ke perut!

Dengan segan silunya, Amie pun kongsikan jugalah hasil perkedel jagung yang Amie goreng! Amie merujuk Resep Perkedel Jagung Khas Padang Panjang (Sumatra Barat)
Diucapkan jutaan terima kasih buat penumbang resepi ini, yang Amie tidak ketahui namanya. Moga rezekinya sentiasa murah, dan sihat selalu.

Bahan-bahan:
  • 1/2 kg jagung manis, sisir dan hancurkan kasar (Amie gunakan 600 gram jagung yang sudah diparut bercampur hirisan jagung kasar)
  • 5 buah cabe merah - cili merah (Amie gunakan sebiji saja)
  • 8 siung bawang merah
  • 3 siung awang putih
  • 1 cm jahe sedang, giling halus - halia
  • 1 butir telur
  • 1 batang bawang pray iris - leek
  • 2 batang saledri, diiris
  • 200 gram Tepung terigu - tepung gandum
  • 100 gram tepung beras
  • Gula secukupnya
  • Kaldu bubuk secukupnya - Amie gunakan perencah cukup rasa
  • 1/2 sdt merica bubuk - lada putih /hitam
  • Garam halus secukupnya
  • Air secukupnya - Amie tidak masukkan air
Cara memasak:
  • Giling halus dulu bumbu cabe merah, bawang merah, bawang putih dan jahe. 
  • Campur dengan jagung yang sudah dihancurkan lalu giling atau ditumbuk.
  • Masukkan telur dan semua bumbu sisanya. Beri air secukupnya lalu aduk perlahan hingga tercampur rata tapi jangan sampai jadi encer.
  • Panaskan minyak dan goreng adonan dengan cara menggunakan sendok. Agar hasilnya renyah ambil adonannya jangan terlalu tebal/banyak sehingga bagian dalam bisa kurang matang sempurna.
  • Goreng bolak-balik sampai matang berwarna kuning kecoklatan.
  • Angkat tiriskan minyaknya. Paling cocok dimakan selagi masih hangat.
 Amie gunakan 5 batang jagung segar.


 4 batang jagung Amie parut, dan sebatang lagi Amie hiris-hiris kasar.


 Campurkan kesemua bahan, dan gaul sebati menjadi satu adunan  seperti di bawah.

 Untuk menggorengnya bolehlah rujuk video ini : Paragede Jagung Padang Panjang.
 
Sebenarnya, walaupun segan silu dengan hasil perkedel jagung ini, tapi sebenarnya rupa perkedel tidaklah semestinya sama sebiji seperti yang Amie paparkan dalam gambar paling atas! Apabila merasai sendiri keenakan perkedel jagung ini, Amie terus yakin bahawa rupa jatuh nombor dua (ayat pujuk hati hihihiii).

Perkedel jagung ini memang sedap! Isinya lembut, lemak-lemak manis sesuai dengan pelbagai ramuan yang terkandung di dalamnya. Cubalah! Sekali mencuba, pasti akan mencuba lagi! Gambar atas perkedel jagung hasil ai tangan Amie. Gambar bawah, perkedel jagung hasil air tangan penduduk tempatan Bukit Tinggi.


Selamat mencuba!

3 ulasan: