Selamat petang semua.
Semoga semuanya sihat dan ceria-ceria hendaknya.
Apa agaknya hidangan makan malam anda? Seperti biasa, makan malam kami sudah semestinya sebelum menjelang Maghrib, atau dengan kata lain sekitar pukul 5 petang kami sudah makan malam (kononnya waktu begini untuk minum petang!). Tradisi ayah bonda kami, memang makan malam kami diawalkan, supaya selepas Maghrib kami dapat mengaji al-Quran dengan ayahanda, dan seterusnya selepas solat Isya' boleh mengulangkaji pelajaran, atau terus tidur! Itu cerita dulu, barangkali disebabkan tiada kemudahan elektrik (gunakan lampu gasolin), dan tiada siaran televisyen yang pelbagai seperti sekarang ini, jadi segalanya dilakukan lebih awal, dan bangun paginya pun memang 'awal' juga!
Petang tadi Amie sempat masak Gulai Ayam Hijau. Nampaknya Bumbu Masak Khas Minang belum habis lagi. Kali ini Amie cuba masak gulai hijau pula. Seperti biasa, tidaklah susah untuk mengolahnya kerana bumbu sudah sedia.
Selain bumbu hijau sedia ada, 2 bahan lain yang perlu Amie sediakan termasuklah 150 gram lada hijau dan 3 gelas santan sebagaimana yang disarankan di belakang paket pes tersebut. Bagaimana pun Amie sesuaikan rasanya dengan menambah sedikit gula memandangkan pes tersebut agak terasa garam dan asamnya.
Walaupun hanya disarankan 1/2 kg bahan, tapi Amie gunakan 1 kg daging ayam. Kuahnya pun banyak!
Inilah rupa Bumbu Masak Khas Minang untuk Gulai Ayam Hijau.
Amie lihat dalam banyak resipi masakan Minang / Padang, masakan gulai ayam hijau ini ada dua versi. Ada yang bubuh santan dan ada yang tidak. Boleh ditambah bahan lain dalam masakan seperti petai, kentang, nangka muda dan sebagainya.
Wow nampak lazat betul tu
BalasPadamMamamp,
BalasPadamlazat dan mudah disediakan.