Pages

Jumaat, 20 Oktober 2017

Bercuti ke Bukit Tinggi, Padang : Lahad Datu - Tawau - Kuala Lumpur - Sumatera Barat

Bertemu kembali setelah beberapa hari merehatkan diri dari dunia maya. Alhamdulillah, kami baru sahaja pulang dari jalan-jalan cuti mata dan cuci poket di Bukit Tinggi, Padang, Sumatera Barat. Terima kasih buat Akmi dan Jusna yang sudi menguruskan tiket penerbangan kami. Buat Jusna juga, terima kasih daun keladi gajah sebab berjaya menempah percutian yang tidak mungkin dapat kami lupakan! 
Terima kasih tak bertepi untuk Encik Suami yang memberi keizinan sekali lagi untuk Amie jalan-jalan bersama rakan-rakan. Juga, untuk anak-anak tersayang, Farid, Fuad, Fairuz dan Firdaus yang memahami minat Mommy. Farid tidak dapat menyambut Amie di KLIA seperti selalu, sebab sudah menamatkan pengajian di UKM dan sekarang jauh pula ke UTP, Perak.  Sepatutnya Fuad balik bercuti dari Labuan tetapi bila tahu Amie akan ke Sumatera, Fuad bersama rakannya mengatur langkah ke Sipitang, dan bergerak ke Sarawak. Fairuz pula, hujung cuti Deepavali ini akan mengikuti perkhemahan pengakap. Seperti biasa, Firdaus dihantar ke kampung! 

Dan, penerbangan Air Asia masih  menjadi pilihan kami. Terima kasih lagi buat Akmi sebab selalu peka dengan harga tambang murah dan promosi Air Asia. Kami ini tumpang tuah saja....hiks! Apa pun, perjalanan tetap sama...jauh! Terpaksa menempuh jalan darat selama 2 jam dari Lahad Datu ke Tawau, kemudian terbang dari Tawau ke Kuala Lumpur. Bermalam di KLIA2, dan keesokan paginya sambung terbang ke Padang. Sebelum ini hanya dengar nama Bukit Tinggi dan Padang, tapi setakat membaca  hasil tulisan di blog-blog. Bukit Tinggi memang dalam senarai, tapi tidak tahu bila masanya akan tiba ke sana. 

Kami dijangka tiba di Padang (Bandar Udara Internasional Minangkabau) pada pukul 8 pagi bersamaan 15 Oktober 2017, hari Ahad. Sebut nama Padang, apa yang sering terlintas di fikiran Amie sudah tentunya rendang daging masakan Padang yang Amie selalu nikmati di Medan Selera KLIA terutama sewaktu menunggu penerbangan dari Kuala Lumpur ke Kota Kinabalu. Itulah satu-satunya rendang daging yang paling Amie suka. Pedas tapi sodap!

Wokey!
Perjalanan bermula pada pagi Sabtu, 14 Oktober 2017. Kami bertolak lebih kurang pukul 11.30 pagi dari Lahad Datu, dengan menaiki van yang disewa untuk sampai ke Airport Tawau. Selesai check-in, kami terus menuju ke Family Food & Drink House (Panettone Cafe) untuk isi perut! Maklum......ketika itu sudah melewati jam 1.40 petang.

Oh! Hampir lupa untuk perkenalkan diri...
Kali ini trip kami berjumlah seramai 7 orang. Seperti biasa, Akmi balik dulu ke Melaka dan akan bersama kami di KLIA2 keesokan pagi. Kami berlima dari Lahad Datu : Amie sendiri, Zana, Warite, Kamsiah dan Jusna. Semuanya 7 orang kan? Ada seorang lagi, iaitu Ain. Kami belum berkenalan dengannya lagi.

Lewat makan tengahari di tambah dengan keletihan dari Lahad Datu, hasilnya : hidangan yang dipesan habis licin! Kemudian kami pun terus bergerak masuk melepasi imigresen, dan sementara menunggu penerbangan pada pukul 3.40 petang, kami solat jamak takhir di surau.

Tiba di KLIA2, sebaik sahaja mendapatkan bagasi masing-masing, kami layan perut yang memang sedia lapar! Ha ha haaa.... tak sabar nak makan, sampai tak sempat beli minuman!

Barangkali makanan yang terhidang semuanya panas belaka, jadi memang sangat menyelerakan! Ataupun sebab kelaparan?  Apa pun QUIZINN by Rasa, Little Wok & Grill memang best! Masing-masing memesan makanan kegemaran termasuk egg fu young rice, cantonesse yee mee, black pepper beef rice, ginger onion chicken rice dan entah apa lagi!

Hohoooo... kuali pertama yang dilicinkan sudah tentunya kuali Amie....little wok fried rice! Lepas makan rasa tercekik sebab tak ada minuman!

Mungkin hidangan yang paling menarik malam itu, cantonesse yee mee! Kami berempat 'tolong' Zana hirup kuahnya yang panas! Naaa... tengok tu! Zana terpaksa angkat tinggi-tinggi kualinya sebab asyik kena 'kacau' oleh sudu-sudu kami...uwaaaaaaa!

Bila perut dah penuh, barulah kami bergerak mencari minuman! Amie order cendol durian. Jom, tolong habiskan semangkuk ni... tak larat nak hirup semua!

Ketika ini jam menunjukkan angka 8 malam. Selepas minum, kami bergerak menuju ke surau, solat dan merehatkan badan. Rasanya, malam itu semuanya tak sedarkan diri. Tidur di sudut surau melepas lelah. Terbangun tengah malam akibat kesejukan sehingga menggigil seluruh tubuh, Amie lihat surau penuh bergelimpangan dengan wanita-wanita bersama bagasi masing-masing. Huurrmmm...... pemandangan biasa ketika bermusafir! Cuma kali ini Amie berteman dari Sabah, tidak seperti sebelumnya, seringkali bersendirian.

Dan seawal pukul 5 pagi, kami sudah beratur di kaunter untuk check in bagasi.
Dengan ini bermulalah bab demi bab perjalanan kami selama 5 hari 4 malam di Bukit Tinggi, dan Kota Padang di Sumatera Barat.




Seperti yang dijadualkan, kami tiba di Bandara Internasional Minangkabau pada pukul 8.10 minit pagi (waktu malaysia ialah 9.10 minit pagi). Cukuplah kami bertujuh turun (geroda menyerang) dari Negeri Sabah di Bawah Bayu (kecuali Ain dari Lubok Cina, Melaka).

Selesai urusan imigresen, kami disambut oleh tour guide kami iaitu Pak Herman. Minta maaf, sebab gambar tidak begitu jelas. 

Inilah Pak Herman yang bertanggungjawab sepenuhnya menguruskan segala keperluan sepanjang percutian kami di Bukit Tinggi dan Kota Padang selama 5 hari 4 malam. Alhamdulillah, dengan usaha dan keikhlasannya, kami benar-benar berpuas hati dengan perkhidmatan beliau dan sentiasa mengharapkan agar Pak Herman terus berjaya dalam menjalankan tugasnya sebagai pemandu dan merangkap pemandu pelancong (melihat kepada pengetahuan beliau tentang selok-belok, sejarah dan budaya Sumatera Barat dan beliau memandu dengan cermat sekali).
Ketika bersedia untuk meneruskan perjalanan, Pah Herman bertanya:
"Bagaimana? Selesa dengan keadaan van ini?"
Pertanyaan itu sebenarnya membuatkan kami terus menyedari Pak Herman telah menunjukkan keprihatinannya terhadap  keselesaan penumpangnya!
Sesiapa yang berhasrat untuk bercuti ke Bukit Tinggi bolehlah menghubungi Pak Herman melalui FB beliau di sini : HERMANN HOLLANDE. 
Pak Herman juga boleh dihubungi melalui telefon : 62 812-6784-9399, dan WhatsApp : 62  812-6784-9399 

In shaa Allah Pak Herman akan melayan anda dengan baik, boleh runding harga pakej termasuk penginapan, makan dan pengangkutan.

Nampaknya, setakat ini dahulu entri pertama Amie tentang percutian di Bukit Tinggi dan Kota Padang. Nak masak dulu yea... Jumpa lagi dalam catatan seterusnya.

Sila klik entri di bawah berkaitan PERCUTIAN KE BUKIT TINGGI - PADANG - SUMATERA BARAT:
1. Bercuti ke Bukit Tinggi, Padang : Lahad Datu - Tawau - Kuala Lumpur - Sumatera Barat 
2. Sarapan Pagi di Warung Soto Angkasa  
3. Air Terjun Lembah Anai  
4. Memakai Pakaian Adat di Museum Minang Village  
5. Makan Tengahari di Rumah Makan Aie Badarun  
6. Makan Malam di Rumah Makan Wong Semarang  
7. Bermalam di Hotel Primadini  
8. Shopping Kain Sulam di Bukit Tinggi  
9. Cerita Secangkir Kopi Kawa Daun & Kue-Kue Jagung Manis  
10. Lembah Harau & Kelok Sambilan (9)  
11. Makan Tengahari di Tengah Sawah  
12. Istano Basa Pagaruyung  

13. Jus Terong Peros @ Terung Belanda
14. Menghayati Keindahan Panorama Sungai Landia Sambil Menikmati Secawan Teh Halia Panas!    
15. Kelok 44 - Museum Rumah Kelahiran Buya HAMKA  
16. Danau Maninjau Yang Indah Mempesona 
17. Makan Tengahari di Rumah Makan Eni  
18. Silver Work Koto Gadang  
19. Minum Petang di Rumah Pohon Ngarai Sianok  
20. Lobang Jepang  
21. Jam Gadang Mercu Tanda Kota Bukit Tinggi  
22. Tembok Besar China ala Bukit Tinggi  
23. Oleh-Oleh Sanjai Ummi Aufa Hakim Bukit Tinggi  
24. Bika Talago Bukit Tinggi Yang Tak Dapat Dilupakan!  
25. Makan Tengahari di Lamun Ombak & Segelas Jus Pinang Muda  
26. Sepetang di Kota Padang  
27. Sate Padang KMS Saribu Baniah  
28. Berakhirnya Percutian di Bukit Tinggi : Padang - Kuala Lumpur - Tawau 

6 ulasan:

  1. Seronok ya, Amie dapat jalan2 dengan kawan2. Best En Suami dan anak2 yang cukup understanding.

    BalasPadam
  2. PH,
    sangat seronok sebab kami mendapat khiodmat tour guide yang sangat bagus!

    BalasPadam
  3. Asslamualaikum Tuan/Puan.

    Sesiapa yang nak melawat ke Padang dan Bukittinggi jangan risau hati sila hubungi :

    KITA HOLIDAYS TRAVEL & TOUR INDONESIA
    Tour operator & Travel Agency

    Kami menyediakan PAKET TOUR DAN PENGKHIDMATAN KENDERAAN SAHAJA PADANG DAN BUKITTINGGI dengan harga yang sangat berpatutan dengan driver yang mesra, educated, baik hati, sopan, suka menolong dan sudah lama berpengalaman dalam memberikan pengkhidmatan pada pelancong dari Malaysia.

    Kami berusaha menjadikan lawatan Tuan/Puan sangat berbaloi dan bermakna dengan famili dan rakan-rakan di masa percutiannya bersama kami.

    Our motto : We serve you with heart

    Wassalam
    Contact person :

    1. Amsyahril
    ( Director )
    Mobile : +62 852 6300 7445 ( WhatsApp )

    2. Riko Adryansyah
    ( Tour & Transportation Manager )
    Mobile : +62 813 6565 4104 ( WhatsApp )

    BalasPadam
  4. ASSALAMU ALLAIKUM. HORAS JOM KE MEDAN.SALAM KENAL TUAN AND PUAN .
    DISNI KAMI MENAWARKAN PAKEJ – PAKEJ MURAH KE DANAU TOBA, MEDAN, SAMOSIR ISLAND, DAN TEMPAT SHOPPING MURAH DI BANDAR MEDAN.
    Saya bersedia nak bantu Tuan and Puan untuk ikut melancong bersama
    saya.

    Contact :+6281263636746
    Whatsapp:+6281520944993
    Instagram: infotoursmedan
    Facebook :1. Eza purba
    2. pakej lawatan
    Email : infotoursmedan@gmail.com
    https://agenttoursmedan.blogspot.com/

    BalasPadam
  5. Salam pelancongan semuanya,kami PT NURUL INSYIRAH VENTURE menyediakan pakej pelancongan ke Bandung.
    Driver guide pakej ini prihatin dan fleksible.
    Makanan yang dijamu juga enak.
    Pokoknya,kalau mahu ke Bandung hubungi kami 017-536 7426 atau +6281397288197.
    Makasih ya empunya blog
    Facebook: melancong murah baloi
    Ig: melancong_murah_baloi

    linktr.ee/MelancongMurahBaloi
    linktr.ee/MelancongMurahBaloi
    linktr.ee/MelancongMurahBaloi

    BalasPadam
  6. Salam,terimakasih kak mi sudah promot herman kat blogg kak mi,semoga Allah balas budi baik kak mi.doa herman semoga kak mi and semua family kat lahat datu di bagi selalu kesihatan oleh Allah,kalau umur panjang boleh ke padang dan jumpa lagi.amin,wassalam by Herman : PT Anisa Sinar Luas Tour Agency

    BalasPadam