Pages

Khamis, 7 September 2017

Menyusuri Terusan di Mandurah

Hari ini Rabu, 30 Ogos 2017.
Matahari sudah tinggi, dan cuaca semakin panas, barulah muncul kereta di hadapan homestay kami. Pemandunya pula bertukar pada hari tersebut. Boleh dikatakan, masa yang ditetapkan sering lari dari jadual! Kami dijadualkan bertolak ke Mandurah pada pukul 8.30 pagi, dan dijangka sampai pada pukul 9.30. Seterusnya naik bot pada pukul 10 pagi.

Sementara menunggu yang lain tiba, kami duduk-duduk habiskan masa di sini dahulu.


Bila terpandang restoran Cicerello's Fish & Chips ini, tak sabar rasanya untuk sampai ke Kaili's untuk makan tengahari kami. Katanya di sana, fish & chips merupakan menu popular dan setiap pengunjung diharapkan tidak melepaskan peluang untuk menikmatinya!




Sumber : Haila Amir
Semua telah berkumpul dan aktiviti akan bermula sebentar lagi.

Rombongan kami dibahagikan kepada 3 kumpulan untuk menaiki tiga buat bot yang dipandu secara persendirian oleh pemandu kereta kami! Ya Allah! Pada mulanya rasa tak mahu ikut serta sebab bot dikendalikan sendiri, dan bukannya oleh tenaga mahir. Pada masa itu, pemilik bot mengajar pemandu kami cara-cara mengendalikan bot. Kata pemandu kami, sebelum ini dia pernah bawa bot begitu satu kali.
Lebih kurang pukul 10.45 pagi, barulah bot bergerak meninggalkan jeti.


 Salah satu kumpulan dalam bot lain.

Kami menyusuri terusan sambil melihat pemandangan sekitar. Kata pemandu kami, kita lihat-lihat rumah orang kaya di sepanjang tebing terusan ini.




Inilah antara rumah orang kaya di sini. Mereka mempunyai bot sama ada di hadapan atau di belakang rumah. Pada masa yang sama mereka juga boleh menaiki kenderaan darat, dan sama juga sama ada terletak di hadapan atau belakang rumah mereka.

 Setiap rumah memiliki bot masing-masing.



Terserempak dengan Mandurah Cruise, yang kami sangka akan naikinya seperti yang terdapat dalam itenerary asal ..... ahaks! Mandurah Cruise bergerak laju berulang-alik dan kalau bernasib baik mereka akan dapat melihat dolphin. Kami kurang bernasib baik pada hari iotu, walaupun hanya menaiki bot tetapi ekor dolphin pun tidak muncul!


 Layan pemandangan begini sajalah ye!





 Setiap rumah mempunyai reka bentuk yang berbeza, dan nampak tersendiri.

Wokeh!
Ini sahajalah paparan sepanjang menyusuri terusan Mandurah. Seterusnya kami ke Masjid Rockingham dan kemudian menjamu selera di Kaili's Fresh Fish Market & Seafood BBQ. 


Tiada ulasan:

Catat Ulasan