Dari Mandurah kami terus ke Masjid Rockingham untuk menunaikan solat jamak, dan seterusnya ke Fremantle untuk makan tengahari. Perut memang agak lama berkeroncong. Izah sudah membuka bekalan biskutnya, sebab Izah ada gastrik dan tak boleh berlapar lama-lama. Patutlah kami terasa lapar sangat, sebab jam sudah menunjukkan angka 2.30 petang sewaktu kami tiba di Fremantle! Nampaknya kami tidak terus dibawa ke restoran untuk mengisi perut, kerana menunggu dua buah lagi kenderaan yang membawa ahli rombongan yang lain tiba. Sementara menunggu kedatangan mereka, kami melihat-lihat suasana sekeliling dermaga.
Kawan-kawan yang lain sibuk berswafoto, kita hanya pandang saja. Akhirnya termakan pujuk oleh Dayah untuk ambil gambar kenangan sekeping dua.
Melihat menu yang terpapar di pintu masuk restoran, memang sungguh menggamit selera! Nampak macam sedap semuanya!
Berhadapan dengan Kailis' Fish Market Cafe ialah Restoran Cicerello's, yang juga terkenal dengan hidangan lautnya yang segar.
Menapak setapak demi setapak ke bahagian dalam Kaili's Fish Market Cafe.
Akhirnya berjaya juga menjejakkan kaki ke sini ye Salawati dan Dayah! Tak lama lagi kita akan menikmati fish & chips yang ditunggu-tunggu sekian lama dalam angan-angan!
Pukul 2.45 petang kami duduk di bangku bahagian luar restoran. Banyak burung camar di sini yang sentiasa ternanti-nanti sisa makanan para pengunjung. Selepas makan sebaiknya terus bawa bekas dan sisa makanan dan masukkan dalam tong sampah yang disediakan agar tempat makan tidak didatangi burung-burung tersebut.
Bagaimanapun restoran tersebut bersih dari sebarang najis burung camar walaupun begitu banyak burung tersebut berlegar-legar di kawasan ini.
Sumber: Haila Amir
Berswafoto dulu sementara menanti hidangan tiba.
Berswafoto dulu sementara menanti hidangan tiba.
Menjelang pukul 3.00 petang, datanglah hidangan untuk kami. Dua buah pinggan berisi 4 keping ikan goreng salut beserta dengan kentang goreng dibahagikan kepada kami berlapan, termasuk Kak Roy dan Kak Idah.
Kami diberitahu, fish and chips tidak datang bersama minuman, kecuali jika ingin minum air mineral boleh ambil sendiri di dalam cafe.
Sumber : Haila Amir
Ha... nampak besar saiz hidangan ini, selain ikan segar, kentang pun bersaiz besar!
Bismillah... makan sajalah sekeping ikan goreng dengan kentang goreng cecah sos tartar. Ha haaa... rasa nak tercekik pulak makan tanpa minuman! Tak dapat kulupakan wajah Salawati dan Dayah ha ha haaaaa!
Minuman boleh dibeli sendiri dengan harga AUD4. ... huh! Kalau diganda dengan tukaran Amie 4 X 3.6 = RM14.40.
Begitu juga dengan harga sos. Semangkuk kecil sos juga berharga AUD4. Izah dan Ilah membeli sos dan juga air. Tiga jenis sos di atas tu (gambar) berharga AUD12 bersamaan dengan RM43.20 sen! (Amie kira guna tukaran matawang yang Amie perolehi di KLIA@ dengan harga AUD1=RM3.60). Huurrrmmmmm! Lain kali bawa sebotol sos sendiri....ahaks! Lain kali tu, maknanya mungkin akan datang ke sini lagilah. Amie bisikkan pada Dayah, lepas ni nak beli satu set seafood delight, ada kepingan ikan, sotong, udang dan kentang goreng pula! Alang-alang sampai sini, eloklah cuba selain ikan pula! Sayangnya bila telah selesai makan, terasa mual pulak! Adeeehhhh! Rupanya angin sudah terlebih dahulu mengisi perut, dan berusaha untuk menolak fish and chips keluar melihat dunia semula!
Kami tidak mengambil masa yang lama makan tengahari yang lewat di sini, dan sementara menunggu 3 orang pemandu kami yang sedang menikmati fish and chips, Amie ambil kesempatan meninjau bahagian dalam Kaili's Fish Market Cafe ini.
Nampak segar-segar belaka hasil laut di sini!
In shaa Allah... ada rezeki, boleh berkunjung ke sini lagi. Kali ini dapat makan fish & chips, lain kali boleh merasa seafood delight pulak....ahaks!
Sekian, cerita pendek dari Kaili's Fish Market Cafe di Fremantle.
Entri berkaitan percutian di Perth:
Tiada ulasan:
Catat Ulasan