Pages

Rabu, 31 Mei 2017

Popia Nestum Horlicks

Jom buat popia salut dengan serbuk nestum dan horlicks. Sedap sungguh untuk kudap-kudapan nih! Teringat semasa tinggal di rumah sewa 15 tahun lalu, setiap kali hari raya, jiran depan rumah mesti hulur sebalang popia salut nestum! Bila dah pindah ke rumah sendiri, Amie sangka tak dapat merasa lagi kudapan enak tu. Rezeki Allah nak bagi, anak-anak jiran bersekolah di sekolah yang sama dengan Amie. Jadi, hubungan tak terputus! Dikirim juga sebalang popia salut nestum setiap kali menjelang raya! Dan berakhir pada tahun 2015, sebab anak jiran yang paling bongsu menyambung pengajian ke Labuan.
Kononnya petang tadi merajinkan diri menggulung kulit popia, tapi setakat sebungkus sahaja! Malas nak gulung banyak-banyak...hiks!

 Akhirnya siap juga Popia Nestum Horlicks!

Bukannya susah sangat nak buatnya pun. Terpulang pada diri, nak buat atau sebaliknya. Itu saja. Paling seronok tentulah kalau ada teman berbual sambil menggulung kulit popia...hiks! Bahan yang digunakan pun tak banyak. Sambil tengok televisyen pun boleh gulung kulit popia. 

Bahan-bahan:
1 paket kulit popia saiz besar
1 cawan horlicks
2 cawan nestum - kisar halus - hasilnya dapat 1 cawan serbuk nestum
1/2 cawan susu tepung
1/2 cawan gula pasir - kisar halus
1 biji telur - pukul ringan
minyak untuk menggoreng

Bahan lain : copstik dan gunting

Cara:
1. Gulung kulit popia menggunakan copstik (kalau nak ukuran sama - tak guna copstik pun tak apa - gulung saja begitu).
2. Tinggalkan lebih kurang 1/2 cm di bahagian hujungnya dan sapu dengan telur, dan kemudian kemaskan gulungan tadi hingga melekat.
3. Setelah selesai, gunting gulungan kulit popia mengikut saiz yang disukai.

 Inilah hasil kulit popia yang digunting.

 4. Panaskan minyak yang banyak dan kemudian goreng kulit popia dengan menggunakan api sedernaha panas.

5. Balik-balikkan kulit popia supaya masak sekata, dan biarkan masak sehingga minyak tidak berbuih dan kulit popia berwarna kuning keemasan.

 6. Angkat dan toskan minyaknya.

 7. Sementara itu, campurkan serbuk horlicks, serbuk gula pasir, dan susu tepung.


8. Jangan lupa masukkan serbuk nestum ye...kemudian gaul rata.

 9. Gaulkan serbuk tadi bersama kulit popia yang sudah ditoskan minyaknya.
 10. Biarkan seketika, sebab kulit popia tadi masih suam-suam, dan apabila sudah sejuk bolehlah simpan di dalam bekas kedap udara.


Popia Nestum Horlicks ini dah habis sebalang! Waktu berbuka puasa tadi, anak-anak dan Encik Suami sempat makan sebelum ke masjid untuk solat terawih!

14 ulasan:

  1. Mmmmmmm.. T'bayang kerangupannya di mulut.. TQ kak.. 😅😅😅

    BalasPadam
  2. Kita dah try resepi k.Amie ni. Alhamdulillah menjadi hehe. Tqvm ye Kak for the recipe.

    BalasPadam
  3. boleh tahan brpa lama ya klau sya buat skrng...cpt rosak x kalau sya buat skrng tq

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kwn sy jual popia nestum ni.sy rasa ok je.cme jgn lme sgt lbh sbln.nanti dah x sedap.

      Tq admin for the recipe.nti nk try buat.

      Padam
    2. ok tq jwpanya fatin amanina

      Padam
    3. Nk tnye..nestum tu 3 in 1 ke..

      Padam
    4. Nk tnye..nestum tu 3 in 1 ke..

      Padam
    5. Nk tnye..nestum tu 3 in 1 ke..

      Padam
  4. Assalammualaikum.. Nak tny, susu tepung tu, boleh apa saja jenama ye? Kalau susu tepung lactogen? Boleh tak?

    BalasPadam
  5. Inia,
    saya tak jual, tak tahu berapa harga.

    BalasPadam
  6. aunknown,
    waalaikumussalam,
    boleh apa-apa jenama susu tepung, asalkan rasanya sedap he heeee.

    BalasPadam
  7. macam mana nak bagi melekat ke kulit popia yang kita gaul semua bahan2 tu td puan

    BalasPadam
  8. Dah pernah guna resepi ni mmg ummph...lain dri yg lain.....ni nk try lg ❤..tkasih bkongsi resepi

    BalasPadam