Pages

Sabtu, 8 April 2017

Turki (17) : Turkish Yogurt with Honey & Poppy Seed

Pagi keempat kami berada di bumi Turki bersamaan pada hari Rabu, 22 Mac 2017. 
Encik Suami mengingatkan : Jangan lupa hari ini ulang tahun tuan besar!
Ya...ulang tahun Firdaus.
Encik Suami hantar video : Tuan besar (Firdaus) minta kek hari jadi!
Tunggu Mommy pulang ye sayang.
Hari ini kami menempuh sebuah perjalanan yang sangat panjang dari Pamukkale ke Cappadocia. Menurut Encik Barchin, kami perlu menempuh selama 12 jam perjalanan sejauh lebih 600km. Seperti biasa pemandangan di kiri kanan jalan dipenuhi dengan tanam-tanaman, namun disebabkan baru berakhirnya musim dingin dan bermulanya musim bunga, semua pokok tidak berdaun. Tanaman  ladang lain seperti sayur-sayuran, strawberri (di bawah lindungan ), pokok limau, pokok ceri gondol dan sebagainya memenuhi ladang yang kami lalui. Tidak banyak rumah atau petempatan penduduk yang dapat dilihat dan menyebabkan suasana kelihatan sepi di sepanjang perjalanan. Sesekali terpandang beberapa orang petani sedang membersihkan atau mengutip hasil tanaman, dan juga sekumpulan kambing biri-biri sedang meragut rumput.
Seperti biasa, bas akan berhenti seketika di perhentian yang tertentu dan kesempatan ini diambil untuk qada' hajat ahli rombongan dan juga mungkin untuk mengisi minyak. Menurut Atie,  selain memandu tidak melebihi 100km sejam, bas perlu berhenti sekian-sekian jam. Biasanya pihak berkuasa, atau pihak pengangkutan jalan akan menjalankan pemeriksaan ke atas kotak hitam. Seronok dengar, sebab pemandu begitu mematuhi arahan demi keselamatan para penumpang. 
Semasa di dalam bas lagi, Encik Barchin bercerita tentang sejenis yogurt tempatan yang dibuat secara tradisional di daerah Anatolia. Mendengar perkataan 'yogurt' sudah tentu lidah sudah merasakan kemasaman rasanya! Tetapi betapa enaknya yogurt yang masam itu apabila ditambah dengan buah-buahan, susu segar dan diseimbangkan rasa dengan gula atau madu! Waduh! Itulah minuman kegemaran Amie...smoothie!
Bas berhenti di Dinar, di hadapan Anatolia Restaurant.

 Inilah rupa hidangan yogurt tradisi di Anatolia Restaurant dengan harga sebanyak TL8.

Pelanggan pertama di antara kami sudah tentunya Encik Barchin. Pekerja restoran mengambil sebuah piring dan mengambil dua sudu besar yogurt. Yogurt tersebut kelihatan sangat halus. Mungkin kerana dibuat secara tradisi (fikir Amie), dan masih membayangkan kemasaman rasanya! Kemudian pekerja tadi menuangkan pula madu dan terus membuat aksi menterbalikkan piring berisi yogurt dan madu tadi!

 Seterusnya pekerja tadi menaburkan biji popi di atasnya lalu menyerahkan kepada Encik Barchin.

 Encik Barchin membuat pusingan sudu di atas campuran di dalam piring tadi. Nampaknya kesemua bahan telah bersatu.

 Kemudian Encik Barchin menikmatinya di hadapan kami!



Kami teragak-agak untuk membelinya. Salawati dan Nurhidayah memang tidak biasa dengan yogurt. Amie pula asyik memikirkan betapa masamnya yogurt! Tapi bila melihat campuran madu, tentu dapat seimbangkan rasa tersebut. Biji popi pula, pada Amie itu sekadar bahan tambahan untuk hiasan sahaja.

Sepiring Turkish Yogurt  dengan madu dan taburan biji popi di hadapan mata setelah ditukar dengan wang TL8.

 Seterusnya buat aksi Encik Barchin sebentar tadi!
Dan makan!

Bila Salawati dan Nurhidayah bertanya : Sedap ke?
Entahlah! Cubalah dulu.
Salawati mencuba satu sudu kecil.
Nurhidayah mencuba satu sudu kecil.
Seterusnya mereka meminta supaya Amie habiskan yogurt tersebut. Amie pun terus menyuap sambil diperhatikan oleh mereka berdua. Tahu tak apa rasanya? Tidak ada langsung rasa masam seperti yogurt yang Amie biasa makan, malah rasa lemak dan seronok mengunyah biji popi yang meletup-letup dalam mulut! Ada baki separuh piring lagi.
Sedaplah... kata Salawati dan Nurhidayah.
Haaa... mari tolong habiskan! Amie menyorong piring berisi baki yogurt ke hadapan mereka berdua.

 Akhirnya beginilah rupa piring yogurt tadi! 

Lepas itu, kami melihat-lihat keadaan di dalam restoran tersebut dan berjalan sehingga ke hujung kawasan. Ada juga barangan  lain dijual di sini.








Dan akhir sekali, membelek bunga-bunga kecil comel di dalam pasu-pasu di luar restoran. Ingatkan bunga plastik. Rupanya memang bunga sebenar!

Cantikkan?
Jadi...lain kali kalau ke Turki jangan asyik nak fikir dan tangkap gambar bunga tulip saja! Bunga-bunga lain pun tidak kurang cantiknya! Ha ha haaa.... ayat memujuk hati : Tak dapat rotan, akarpun berguna! Tak dapat melihat tulip berkembang, tengok bunga lain sajalah!

Entri berkaitan kembara ke Turki:
1. Lahad Datu - Tawau - Kuala Lumpur - Doha - Istanbul
2. Roman Hippodrome, Masjid Biru & Topkapi Palace
3. Makan Tengahari di Restoran Tamara dan Menyeberangi Selat Bosphorus
4. ida Kale Otel, Canakkale
5. Troy Ancient City
6. Gözbaşi mola (Olive Oil Outlet Centre)
7. Kardeşler Restaurant Bergama
8. Asklepion - Rumah Sakit Jiwa Pertama di Dunia
9. Natureast Anatolian Taste
10. Ada Class Hotel
11. Leather Garment Centre & Watching Fashion Show
12. Ephesus (Ancient Greek City)
13. Sofra Restaurant
14. Izmir Selcuk Isa Bey Mosque
15. Pamukkale - Hierapolis
16. Pam Thermal Hotel
17. Turkish Yogurt with Honey & Poppy Seed
18. Özkan Dinlenme Tesisleri
19. Mevlana Museum (Mevlana Müzesi - Konya Mevlana Mausoleum)
20. Avrasya Hotel
21. Hot Air Balloon
22. O Ağacın Altı, Göreme Belediyesi/Nevşehir
23. Underground City
24. Carpet Centre & Sekitar Göreme
25. Bindalli Restaurant Üçhisar
26. Uchisar Castle & Pasabag Valley
27. Venessa Seramik Art Gallery
28. Agzikarahan-Hoca Mesut Caravanserai
29. Ayrancı Dinlenme Tesisleri
30. Ataturk Mausoleum (Muzium Ataturk)
31. Von Resort Abant 
32. Dinlenme Tesisleri
33. Perjalanan dari Bolu ke Istanbul
34. Oleh-Oleh Grand Bazaar
35. Buhara 93 Restaurant
36. Menyusuri Selat Bosphorus

37. Istanbul - Doha - Kuala Lumpur - Kota Kinabalu - Lahad Datu

Tiada ulasan:

Catat Ulasan