Oh! Rembang petang merangkak ke senja! Bas kami meluncur dari tapak runtuhan Hieropolis ke tempat penginapan. Malam itu kami menginap di Pam Thermal Hotel, sebuah hotel bertaraf 5 bintang di Denizli, Pamukkale.
Sebelum sampai ke hotel, Hayati menghentikan bas di hadapan kedai berhampiran masjid. Kata Encik Barchin, hotel tidak menyediakan air minuman secara percuma di dalam bilik. Jadi, jika mahu kami boleh beli air mineral di sini. Itu pun perlu dbawa masuk secara sembunyi supaya tidak kelihatan oleh pihak hotel. Botol air juga tidak boleh ditinggalkan dalam bilik sewaktu kami check out keesokan pagi.
Di kedai inilah kami membeli air mineral. Kalau tak silap sebotol besar berisi 1.5 liter air berharga 1.5 lira.
Pemandangan di hadapan kedai runcit.
Di atas, kedai di seberang jalan.
Tomato yang masih segar!
Masjid ini terletak bersebelahan dengan kedai runcit yang kami singgahi.
Check in hotel.
Memandangkan kami sering tiba di hotel ketika senja atau malam sudah menyelubungi kawasan, tak dapatlah merakam kawasan sekitar. Paginya punya, kami perlu segera meninggalkan hotel. Jadi, tangkap sajalah mana yang dapat.
Malam itu, ruangan makan di hotel ini penuh sesak dengan ratusan pengunjung yang terdiri daripada pelancong pelbagai negara terutama dari China dan Korea! Makanan yang disediakan juga pelbagai.
Sayangnya, Amie tak tahu nama kebanyakan dessert yang disediakan!
Salah satu manisan yang terkenal sebagai pencuci mulut di Turki ialah Şekerpare. Ia sejenis bebola lembut mengandungi campuran tepung semolina dibakar dengan dihiasi badam dan kemudian disajikan bersama lemon berperisa gula. Seker bermaksud gula dalam Parsi (dalam bahasa Arab disebut sakar).
Buah-buahan yang disediakan, masih terdiri daripada buah oren, epal hijau dan epal merah sebiji-sebiji!
Tidak ketinggalan, sayuran hijau!
Roti.
Buah zaitun!
Pasta dan nasi.... betulkah itu nasi? Atau barli?
Inilah yang Amie cuba. Kepingan ikan panggang, kentang lenyek dan dolma (sayuran seperti terung, zucchini, tomato atau bell pepper yang disumbat). Ia merupakan masakan warisan gabungan resepi dari zaman Ottoman, Rusia, Asia Tengah dn Asia Selatan.
Selesai makan, Amie cuba ambil gambar di tempat mandi mineral dan jakuzzi tetapi tidak berapa jelas. Nampaknya suasana di sini seakan-akan mengambil inspirasi dari tempat mandi di istana kapas dengan binan tempat mandi berteres seperti di bawah. Di belakangnya terdapat pancutan air, derta wap yang menyelubungi tempat merendam badan.
Rasanya, esok pagi kena cepat-cepat turun dari bilik untuk mengambil gambar lagi.
Banyak pilihan hidangan untuk sarapan pagi.
Simit pun ada, tetapi dijadikan potongan yang kecil.
Antara hidangan sarapan pagi di bumi Turki yang Amie sering lihat di hotel-hotel ialah keju pellbagai jenis seperti beyaz penyir, dan kasar. Buah zaitun memang tidak pernah ketinggalan, begitu juga dengan tomato, timun, telur, madu serta kaymak. Jangan lupa untuk mencicipi borek, simit dan juga sup. Dan banyak lagi jenis makanan lain selain salad dan pelbagai buah-bauahan.
Amie cuba bell pepper panggang, telur rebus, jagung dan sejenis sosej Turki.
Dan semangkuk emping jagung campur coco crunch.
Bagi peminat buah, jangan lepaskan peluang singgah di satu sudut di sini untuk menikmati segelas jus limau segar!
Suasana awal pagi di lobby hotel.
Sementara menanti rakan-rakan yang lain selesai bersarapan, Amie ambil kesempatan mengambil gambar di kawasan sekitar.
Di belakang sanun...wap air kelihatan dari tempat mandi!
Dan di sini....
Deretan pinggan kaca dengan wajah pengunjung yang sempat dirakam oleh photographer! Kadang-kadang tak perasan entah bila photographer ini menembak mangsa! Pinggang kaca 'berisi' gambar wajah pengunjung hotel yang bertuah berharga TL40.
Pelbagai jenis bunga berwarna-warni di halaman hotel.
Jom, naik bas.
Langit nampak kelabu. Mendung? Atau memang setiap hari suasananya begini?
Bunga lavender di balik pohon rendang tak berdaun.
Sempat berbual dengan Hayati tentang buah kering di atas. Dengan menggunakan bahasa Turki dan bahasa isyarat, Hayati menyebut nama buah tersebut. Katanya Buah ini berlu dibakar (dia mengeluarkan mancis) dan membuat aksi membakar dan mengopek kulit buah lalu dibawa ke mulut!
Kami tinggalkan Pam Thermal Hotel. Menurut Encik Barchin, hari ini kami akan menempuh perjalanan panjang melebihi 600km menuju ke Cappadocia. Sebelum tiba di sana, bas membelah pagi ke arah Konya!
Entri berkaitan kembara ke Turki:
1. Lahad Datu - Tawau - Kuala Lumpur - Doha - Istanbul
2. Roman Hippodrome, Masjid Biru & Topkapi Palace
3. Makan Tengahari di Restoran Tamara dan Menyeberangi Selat Bosphorus
4. ida Kale Otel, Canakkale
5. Troy Ancient City
6. Gözbaşi mola (Olive Oil Outlet Centre)
7. Kardeşler Restaurant Bergama
8. Asklepion - Rumah Sakit Jiwa Pertama di Dunia
9. Natureast Anatolian Taste
10. Ada Class Hotel
11. Leather Garment Centre & Watching Fashion Show
12. Ephesus (Ancient Greek City)
13. Sofra Restaurant
14. Izmir Selcuk Isa Bey Mosque
15. Pamukkale - Hierapolis
16. Pam Thermal Hotel
17. Turkish Yogurt with Honey & Poppy Seed
18. Özkan Dinlenme Tesisleri
19. Mevlana Museum (Mevlana Müzesi - Konya Mevlana Mausoleum)
20. Avrasya Hotel
21. Hot Air Balloon
22. O Ağacın Altı, Göreme Belediyesi/Nevşehir
23. Underground City
24. Carpet Centre & Sekitar Göreme
25. Bindalli Restaurant Üçhisar
26. Uchisar Castle & Pasabag Valley
27. Venessa Seramik Art Gallery
28. Agzikarahan-Hoca Mesut Caravanserai
29. Ayrancı Dinlenme Tesisleri
30. Ataturk Mausoleum (Muzium Ataturk)
31. Von Resort Abant
32. Dinlenme Tesisleri
33. Perjalanan dari Bolu ke Istanbul
34. Oleh-Oleh Grand Bazaar
35. Buhara 93 Restaurant
36. Menyusuri Selat Bosphorus
37. Istanbul - Doha - Kuala Lumpur - Kota Kinabalu - Lahad Datu
Entri berkaitan kembara ke Turki:
1. Lahad Datu - Tawau - Kuala Lumpur - Doha - Istanbul
2. Roman Hippodrome, Masjid Biru & Topkapi Palace
3. Makan Tengahari di Restoran Tamara dan Menyeberangi Selat Bosphorus
4. ida Kale Otel, Canakkale
5. Troy Ancient City
6. Gözbaşi mola (Olive Oil Outlet Centre)
7. Kardeşler Restaurant Bergama
8. Asklepion - Rumah Sakit Jiwa Pertama di Dunia
9. Natureast Anatolian Taste
10. Ada Class Hotel
11. Leather Garment Centre & Watching Fashion Show
12. Ephesus (Ancient Greek City)
13. Sofra Restaurant
14. Izmir Selcuk Isa Bey Mosque
15. Pamukkale - Hierapolis
16. Pam Thermal Hotel
17. Turkish Yogurt with Honey & Poppy Seed
18. Özkan Dinlenme Tesisleri
19. Mevlana Museum (Mevlana Müzesi - Konya Mevlana Mausoleum)
20. Avrasya Hotel
21. Hot Air Balloon
22. O Ağacın Altı, Göreme Belediyesi/Nevşehir
23. Underground City
24. Carpet Centre & Sekitar Göreme
25. Bindalli Restaurant Üçhisar
26. Uchisar Castle & Pasabag Valley
27. Venessa Seramik Art Gallery
28. Agzikarahan-Hoca Mesut Caravanserai
29. Ayrancı Dinlenme Tesisleri
30. Ataturk Mausoleum (Muzium Ataturk)
31. Von Resort Abant
32. Dinlenme Tesisleri
33. Perjalanan dari Bolu ke Istanbul
34. Oleh-Oleh Grand Bazaar
35. Buhara 93 Restaurant
36. Menyusuri Selat Bosphorus
37. Istanbul - Doha - Kuala Lumpur - Kota Kinabalu - Lahad Datu
Tiada ulasan:
Catat Ulasan